27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TVET & STEM Sedang Bentuk Masa Depan Malaysia? Ini Peranan NIMP 2030

    Shopee Sale

    Kalau korang perasan, permintaan dalam dunia pekerjaan semakin berubah. Banyak industri kini bergerak ke arah teknologi tinggi, automasi dan penyelesaian yang lebih lestari.

    Disebabkan itu, kebanyakan syarikat mula mencari tenaga kerja yang bukan sahaja bijak teori, tetapi mahir secara praktikal.

    Sebab itulah Malaysia kini memberi perhatian besar kepada bidang TVET dan STEM.

    Kedua-dua bidang ini dilihat  antara pemacu utama dalam melahirkan tenaga kerja masa depan negara, selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 atau NIMP 2030.

    Apa itu NIMP 2030?

    NIMP 2030 ialah pelan pembangunan industri negara selama tujuh tahun yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

    Pelan ini bertujuan mentransformasikan landskap perindustrian Malaysia supaya lebih berteknologi tinggi, hijau dan inklusif.

    Melalui pelan ini, kerajaan memberi fokus kepada beberapa perkara penting seperti mempercepat penggunaan teknologi baharu, menyokong peralihan ke arah industri hijau, memastikan keselamatan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang penyertaan rakyat dalam pembangunan industri.

    Namun untuk menjayakan semua ini, pembangunan bakat menjadi perkara paling penting. Negara memerlukan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pantas.

    View this post on Instagram

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    TVET bantu lahirkan tenaga kerja masa depan

    Di sinilah peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET menjadi sangat penting. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Dr Mahzan Teh, kejayaan NIMP 2030 bergantung kepada kemampuan negara melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga adaptif dan relevan dengan keperluan industri.

    TVET kini memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti Pembuatan Pintar, Kenderaan Elektrik (EV), teknologi digital, Elektrik dan Elektronik (E&E), robotik serta industri halal dalam bioteknologi.

    MENARIK:  [VIDEO] Sajat Dedah Alami Depresi, Tersentak Selepas Ditegur Anak – ‘Selalu Ceria Tiba-Tiba Jadi Pendiam’

    Selain itu, bidang tenaga masa depan seperti hidrogen, solar dan sistem grid pintar juga semakin diberi perhatian bagi menyokong pembangunan industri hijau.

    Belajar terus dengan industri sebenar

    Menariknya, TVET MARA turut bekerjasama rapat dengan syarikat industri melalui pendekatan Industrial-Based Education and Training (IBET). Pendekatan ini membolehkan pelajar belajar berdasarkan situasi sebenar di tempat kerja.

    Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah program Diploma Industri yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja sebenar melalui pembelajaran berasaskan kerja.

    Melalui kerjasama dengan syarikat seperti CTRM Aero Composites, White Horse Ceramic Industries, Times Ceramica, Sakura Ferroalloys dan V S Industry, pelajar bukan sahaja mendapat latihan praktikal malah mempunyai peluang lebih besar untuk memasuki alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

    TVET
    Kredit: Berita UTHM

    TVET dan STEM bukan lagi pilihan kedua

    Persepsi terhadap TVET juga semakin berubah. Jika dahulu ia sering dianggap sebagai laluan kedua selepas akademik, kini bidang ini semakin diiktiraf kerana menawarkan peluang kerjaya yang stabil dan bernilai tinggi.

    Program TVET hari ini turut merangkumi teknologi terkini seperti pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang sangat relevan dengan industri masa depan.

    Dengan lebih 270 institusi pendidikan TVET MARA di seluruh negara serta peningkatan peruntukan kerajaan kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026, bidang ini dilihat semakin berkembang dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda.

    Pendek kata, TVET dan STEM bukan sekadar bidang pengajian biasa. Kedua-duanya kini menjadi antara kunci penting dalam membentuk tenaga kerja masa depan Malaysia serta membuka peluang kerjaya bernilai tinggi untuk generasi muda.

    The post TVET & STEM Sedang Bentuk Masa Depan Malaysia? Ini Peranan NIMP 2030 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah