30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Coach Cerai Kongsi Realiti Perkahwinan Jurang Usia Besar – ‘Cinta Sahaja Tak Cukup’

    Shopee Sale

    ‘Coach Cerai’ iaitu Mohd Izary Muhammed Ikhbal menegaskan buat pasangan yang mempunyai jurang usia besar perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

    Artikel Berkaitan: Coach Cerai Sedih Terima Tohmahan, Perjelas Tugas Sebenar – ‘Mengalakkan Atau Hasut Orang Bercerai Adalah Kerja Gila’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hanya Perlu Lima Minit Untuk Tahu Sama Ada Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak’ – Coach Cerai

    Antara perkara yang perlu difikirkan

    View this post on Instagram

    A post shared by Izary Ikhbal (@izary_the.relationship.coach)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Mohd Izary Muhammed Ikhbal, berkongsi pandangan mengenai realiti yang mungkin dihadapi individu apabila pasangan semakin meningkat usia.

    Menurutnya, berkahwin dengan pasangan lebih berusia bukan sekadar memilih seorang suami sebaliknya turut bersedia melalui fasa penuaan bersama.

    Saya tidak mengatakan perkahwinan dengan jurang usia yang besar tidak akan berjaya. Namun, sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, ada beberapa realiti yang perlu difikirkan dengan matang.

    Anda bukan sekadar mengahwini seorang lelaki, tetapi turut memilih untuk melalui fasa penuaan bersamanya.

    Hari ini mungkin dia masih sihat, aktif dan berjaya dalam kerjaya. Namun, 20 tahun akan datang, ketika anda mungkin masih mahu membina kerjaya, meneroka kehidupan dan melancong, suami yang lebih berusia sudah mula memikirkan tentang persaraan serta kesihatan.

    Selain itu, peningkatan usia juga boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan, tenaga berkurangan dan pergerakan semakin terbatas.

    Menurut Mohd Izary, tanggungjawab menjaga pasangan yang semakin berusia bukan sesuatu yang mudah malah cinta semata tidak mampu meringankan beban tersebut.

    Apabila usia semakin meningkat, risiko berdepan masalah kesihatan, tenaga yang semakin berkurangan dan pergerakan yang terbatas juga menjadi lebih tinggi.

    Akhirnya, anda bukan sahaja berperanan sebagai isteri malah turut menjadi penjaga kepada suami.

    Jangan salah faham. Tetapi menjaga pasangan yang semakin berusia bukanlah sesuatu yang mudah. Cinta sahaja tidak semestinya menjadikan tanggungjawab itu lebih ringan.

    Soal kewangan

    Selain faktor kesihatan, Mohd Izary turut menyentuh aspek kewangan yang perlu diberi perhatian kerana berpotensi menyebabkan hubungan menjadi tidak seimbang jika terlalu bergantung kepada pasangan.

    MENARIK:  Awal Ashaari Dipuji, Pandai Cipta Nama Dalam Industri Seni – ‘Tiada Kontroversi, Naik Dengan Bakat’

    Tambahnya lagi, seseorang juga berisiko kehilangan identiti sendiri apabila terlalu menyesuaikan gaya hidup mengikut pasangan sehingga mengetepikan rakan, kerjaya dan keinginan peribadi.

    Mempunyai pasangan yang lebih berusia dan lebih stabil dari segi kewangan sememangnya satu kelebihan.

    Namun, jika anda terlalu bergantung kepadanya dari segi kewangan, hubungan itu perlahan-lahan boleh menjadi tidak seimbang.

    Ini kerana peranan sebagai pencari nafkah dan sebagai suami adalah dua perkara yang berbeza.

    Tanpa disedari, anda mungkin mula kehilangan diri sendiri apabila menyesuaikan gaya hidup mengikut kehidupan pasangan.

    Justeru, Mohd Izary mengingatkan orang ramai agar tidak menganggap cinta sebagai satu-satunya penyelesaian dalam perkahwinan dengan jurang usia yang besar.

    Jangan melangkah ke alam perkahwinan jurang usia yang besar dengan pemikiran bahawa cinta akan menyelesaikan segala-galanya.

    Ya, cinta itu penting. Tetapi anda tetap perlu berbincang tentang perkara-perkara yang mungkin tidak selesa untuk dibicarakan.

    Persoalannya, mampukah kita meniti usia bersama tanpa salah seorang daripada kita terpaksa kehilangan diri sendiri dalam perjalanan itu?

    Sumber: Instagram @izary_the.relationship.coach

    The post Coach Cerai Kongsi Realiti Perkahwinan Jurang Usia Besar – ‘Cinta Sahaja Tak Cukup’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah