30.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Skrip Yang Baik Ada Harga, Bukan Murah’ – Beto Kusyairy Tegaskan Industri Perlukan Penulis Berkualiti

    Shopee Sale

    Sebelum sesebuah watak mampu mencuri perhatian penonton, semuanya bermula daripada sebuah skrip yang menjadi asas kepada perjalanan cerita.

    Bukan sekadar himpunan dialog, skrip yang baik mampu menentukan emosi, konflik, mesej dan kekuatan sesebuah karya sebelum ia diterjemahkan menerusi lakonan di layar.

    Namun dalam industri yang sering memberi perhatian kepada pencarian wajah serta bakat baharu, sejauh mana nilai seorang penulis skrip benar-benar diberikan tempat yang sewajarnya?

    Artikel Berkaitan: Satu Babak Drama Viral, Terus Kena ‘Cancel’? Adakah Penonton Makin Sensitif? Ini 7 Realiti Industri Hari Ini

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: Lakonan Satu Babak Pun Boleh Jana Royalti Jutaan, Beto Kusyairy Mahu Malaysia Ikut Jejak Negara Luar

    Penulis Yang Baik Adalah Akar Kepada Sebuah Skrip

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA kali ini, pelakon Beto Kusyairy berkongsi pandangannya ketika ditanya sama ada industri seni tempatan lebih memerlukan penulis skrip yang bagus ataupun kehadiran bakat lakonan baharu.

    Bagi Beto, kedua-duanya mempunyai kepentingan tersendiri, namun kewujudan penulis yang benar-benar berkualiti adalah antara perkara paling asas dalam menghasilkan sesebuah karya.

    Kita sangat-sangat memerlukan penulis yang baik. Saya tidak menolak bakat-bakat baharu, itu juga penting. Tetapi yang lebih utama adalah penulis yang baik.

    Pada saya, itu adalah intipati untuk sesebuah karya itu dicipta dan itu adalah akar skrip. Skrip datang daripada penulis yang baik dan perkara itu sangat bernilai, ada harga dan tidak murah.

    Bukan Mudah Untuk ‘Jentik’ Perasaan Penonton

    Menurut Beto, tugas seorang penulis bukan sekadar menyusun dialog atau mencipta jalan cerita, sebaliknya memerlukan kemahiran tertentu untuk memastikan sesuatu karya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

    Masing-masing penulis datang dengan skill yang tidak semudah kita sangka. Nak jentik hati dan perasaan orang, bukan sekadar memberi hiburan.

    Bagi pelakon yang cukup sinonim dengan watak-watak berkarakter itu, filem dan drama juga tidak semestinya perlu berfungsi sebagai medium mendidik secara langsung.

    MENARIK:  Universe Gateway Tidak Akan Ulang Kesilapan Sama Di Konsert Intifada Rabbani – ‘Kami Tak Pernah Melarikan Diri’

    Namun, sesebuah karya seharusnya mampu membuka ruang kepada penonton untuk melihat sesuatu isu daripada perspektif tertentu dan seterusnya membuat penilaian sendiri.

    Saya tak cakap medium lakonan ataupun filem dan drama untuk sekadar mendidik orang, tetapi juga perlu memberi persepsi kepada penonton untuk berfikir tentang apa yang baik, buruk, selebihnya penonton itu nilai sendiri.

    View this post on Instagram

    A post shared by Beto Kusyairy 🇲🇾 (@beto_kusyairy)

    Hargai Kepelbagaian Genre

    Dalam masa sama, ketika ditanya sama ada dirinya kecewa dengan corak penulisan drama atau filem masa kini, Beto memilih untuk melihat perkara tersebut daripada sudut yang lebih terbuka.

    Katanya, dia menghargai kepelbagaian karya dan tidak melihat sesebuah genre sebagai lebih rendah berbanding genre yang lain.

    Saya menghargai kepelbagaian. Kalau ada yang nakkan genre lebih pop ataupun romantis dan sebagainya, terpulang kepada mereka.

    Kepelbagaian itu yang akan mewarnai industri seni kita dan saya tak ada pangkah mana-mana genre.

    View this post on Instagram

    A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

    Pandangan Beto itu secara tidak langsung mengangkat satu persoalan penting mengenai perjalanan industri kreatif tempatan mengenai usaha mencari wajah dan bakat baharu, adakah perhatian yang sama turut diberikan kepada individu yang membina sesebuah cerita sejak dari halaman pertama?

    Kerana sebelum sesuatu watak boleh dihidupkan oleh seorang pelakon, semuanya bermula dengan cerita yang ditulis terlebih dahulu.

    The post POV XTRA: ‘Skrip Yang Baik Ada Harga, Bukan Murah’ – Beto Kusyairy Tegaskan Industri Perlukan Penulis Berkualiti first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah