30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Selamat Kembali Ke Malaysia – ‘Terima Kasih Hati Baik Yang Mendoakan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Fazura akhirnya selamat tiba di Malaysia selepas terkandas di Jakarta berikutan pembatalan penerbangan akibat gangguan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Lelaki Untuk Lindungi, Allah Ada’ – Fazura

    Artikel Berkaitan: ‘Ingatlah Sayang..Semuanya Kerana Hanya Yang Terbaik Buatmu, Mommy Sayang Fatima’ – Fazura 

    Balik Malaysia

    View on Threads

    Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa serta keprihatinan ramai yang mengambil berat mengenai keselamatannya.

    Kata Fazura, dia sangat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan ramai.

    Syukur alhamdulillah, saya dah selamat tiba di Malaysia. Terima kasih banyak buat semua hati-hati baik yang sudi mendoakan saya, Nabil dan kami semua yang berada di Jakarta.

    Saya cukup terharu dengan semua yang sungguh prihatin dan ambil berat tentang keadaan kami. Subhanallah. Allah SWT maha baik, maha penyayang. Alhamdulillah untuk semua urusan yang dimudahkan.

    Sayang semua lillahitaala dan semoga kebaikan kalian dikurniakan balasan kebaikan serta dikurniakan keredhaan-Nya, amin.

    Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut menitipkan rasa syukur apabila aktres itu melaporkan dirinya sudah selamat pulang di negara ini.

    MENARIK:  ‘Retrospektif Adalah Perjalanan Pulang Ke Tempat Di Mana Saya Pertama Kali Temukan Makna Muzik’ – Afgan

    Sumber: Threads

    The post Fazura Selamat Kembali Ke Malaysia – ‘Terima Kasih Hati Baik Yang Mendoakan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah