34.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haqiem Rusli Tak Ambil Ringan Soal Kesihatan, Wajibkan Diri Tidur 8 Jam Walau Jadual Padat

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Haqiem Rusli mengakui semakin menitikberatkan soal kesihatan diri sejak kebelakangan ini, terutama apabila usia semakin meningkat.

    Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Dedah Isteri Banyak Bentuk Sikap & Pemikiran

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Dekat 12 Tahun Dalam Industri, Baru Beli Mikrofon Sendiri’ – Haqiem Rusli

    Haqiem Rusli mula peka

    Menurut pelantun lagu Mimpi itu, dia kini lebih peka terhadap perubahan yang berlaku pada tubuh badan dan sedar kepentingan menjaga kesihatan sejak awal.

    Pada usia 28 tahun, Haqiem juga menyedari rutin sebagai anak seni yang padat memerlukan dirinya sentiasa berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik, sekali gus mendorongnya untuk lebih menjaga waktu rehat, kecergasan serta kesihatan secara menyeluruh.

    Sangat risau sebab mungkin ketika masih remaja dulu saya tidak terlalu fikir tentang perkara sebegini. Apabila usia meningkat saya semakin peka dengan masalah kesihatan. Risau sekarang golongan muda ramai mati mengejut.

    Dulu, contohnya masalah resdung saya biarkan begitu sahaja. Bila usia semakin meningkat, kita kena ambil kira perkara sebegini. Sekarang pun badan sudah mula rasa sakit-sakit sedikit.

    Sibuk macam mana sekali pun, tidur tetap kena cukup

    Dalam kesibukan mengejar komitmen seni, Haqiem tidak mahu soal rehat dipandang ringan.

    Baginya, penjagaan kesihatan bukan hanya berkaitan aktiviti fizikal, sebaliknya keadaan mental dan persekitaran juga memainkan peranan penting.

    Justeru, dia cuba memastikan waktu tidurnya mencukupi walaupun jadual kerja kadangkala terlalu padat.

    Walaupun menyanyi bukan kerja berat, dari segi mental, fizikal dan persekitaran semuanya perlu dijaga. Banyak faktor berkaitan kesihatan saya ambil kira dan sibuk macam mana pun, saya memang pastikan tidur cukup lapan jam.

    Jadual saya memang padat malah baru selesai penggambaran program memasak secara berturut-turut.

    Walaupun dapat tidur empat atau lima jam, saya tetap akan pastikan waktu itu digunakan untuk berehat. Saya masih bersukan, bermain bola dan menggunakan treadmill.

    Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pahang 1st kepada Petugas Kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026 di Kuala Lipis.

    MENARIK:  [VIDEO] Hattan Berhenti Merokok Selepas Kehilangan Arwah Adik – ‘Dia Kuat Merokok, Ada Masalah Jantung’

    Isteri jadi ‘alarm’ soal kesihatan

    Dalam pada itu, Haqiem mengakui pemeriksaan kesihatan secara berkala bukan sesuatu yang dilakukannya secara konsisten sebelum ini.

    Namun, sejak mendirikan rumah tangga, dia lebih mengambil berat perkara tersebut selepas sering diingatkan isterinya supaya tidak mengabaikan kesihatan.

    Jarang sebenarnya. Tetapi sejak berkahwin, isteri banyak mengingatkan saya supaya buat pemeriksaan darah dan pemeriksaan kesihatan.

    Kadang-kadang kita sendiri malas, tetapi disebabkan isteri suruh periksa, saya ikut. Alhamdulillah, semuanya okey.

    Kerisauan Haqiem itu turut disokong dengan laporan sebelum ini yang memetik data rujukan Institut Jantung Negara (IJN) berhubung peningkatan kes serangan jantung akut dalam kalangan individu berusia muda.

    Malah, masalah berkaitan jantung kini semakin mendapat perhatian apabila kes berkenaan turut dilaporkan membabitkan pesakit seawal usia 19 tahun hingga lingkungan 30-an.

    Hiburkan petugas kesihatan Pahang

    " data-video-id="7682315318663974165" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Kerja tetap kerja, healing jangan lupa! #ApresiasiPahang1st # #kinitrending

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Dalam perkembangan lain, Haqiem turut menjadi antara penghibur yang memeriahkan Majlis Apresiasi Pahang 1st Kepada Petugas Kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026 di Kuala Lipis.

    Majlis berkenaan dianjurkan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pahang buat para petugas kesihatan atas segala jasa dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, termasuk mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman serta lokasi yang mencabar.

    Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri Pahang turut menyampaikan baucar berjumlah RM1.187 juta kepada 11,870 petugas kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

    The post [VIDEO] Haqiem Rusli Tak Ambil Ringan Soal Kesihatan, Wajibkan Diri Tidur 8 Jam Walau Jadual Padat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah