Segmen #TriviaXTRA kembali mendekati selebriti tempatan bagi membongkar sisi peribadi mereka yang mungkin jarang diketahui peminat.
Di sebalik personalitinya yang sering kelihatan yakin di hadapan kamera dan aktif sebagai pelakon serta usahawan, siapa sangka Aeril Zafrel sebenarnya seorang yang pemalu dan lebih gemar menghabiskan masa di rumah.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni, Akui Hayla Minat Berlakon – ‘Tapi Dia Introvert’
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Dulu Dapat RM1 Juta Terus Nak Berbelanja, Aeril Zafrel Kini Lebih Risau Nak Bayar Gaji 50 Pekerja
Terpaksa Buang Sifat Pemalu Depan Peminat
Berkongsi sisi dirinya yang mungkin tidak diketahui ramai, Aeril mengakui sifat pemalunya itu kadangkala boleh membuatkan orang lain tersalah anggap sehingga menganggap dirinya sombong.
Saya sebenarnya pemalu, dan orang akan ingat saya ni sombong. Saya kalau boleh jalan nak tunduk kepala, tapi disebabkan saya risau sekarang ini orang cakap artis sombong semua, jadi saya kena ubah perkara itu.
Lebih Selesa Duduk Rumah Bersama Keluarga
Tidak seperti sesetengah selebriti yang gemar menghadiri acara sosial atau meluangkan masa bersama rakan-rakan, Aeril pula mengakui dirinya lebih selesa berada di rumah.
Malah, masa bersama keluarga menjadi pilihannya sekiranya tidak terikat dengan urusan kerja.
Saya suka duduk rumah sahaja berbanding jumpa kawan atau pergi mana-mana. Lebih selesa duduk rumah dengan keluarga.
View this post on Instagram
Suka Berkebun & Masuk Hutan, Tapi Jarang Dikongsi
Menariknya, Aeril turut mempunyai sisi yang cukup dekat dengan alam semula jadi.
Menurutnya, antara aktiviti yang digemarinya ialah berkebun selain masuk ke kawasan hutan.
Namun, tidak semua perkara mengenai kehidupannya dikongsikan kepada pengikut di media sosial.
Saya suka berkebun, masuk dalam hutan cuma saya tak kongsi aktiviti tersebut di media sosial.
View this post on Instagram
Mungkin kerana itu, ramai tidak menyangka di sebalik kehidupan glamor seorang selebriti dan usahawan, Aeril sebenarnya lebih memilih gaya hidup sederhana, tenang serta dekat dengan keluarga dan alam.
The post #TriviaXTRA: Jarang Kongsi Di Media Sosial, Aeril Zafrel Rupanya Suka Berkebun & Masuk Hutan first appeared on OHBULAN!.





