29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Gurau Suami Isteri, Tak Ada Yang Serius Pun Herpes Itu’

    Shopee Sale

    Susulan tular isu jangkitan herpes, usahawan Kieda Crepe dan suaminya, Hilmi Zaki dihujani dengan kecaman daripada warganet.

    Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’

    Komen netizen

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, mendapati rata-rata warganet meninggalkan komen negatif terhadap Hilmi dan Kieda kerana didakwa bersifat terlalu terbuka tentang penyakit tersebut.

    Pertahankan diri & isteri

    Tidak berdiam diri, Hilmi kemudian bertindak membalas komen-komen tersebut dengan mempertahankan dirinya dan juga Kieda.

    Menurut Hilmi, konten yang dimuat naik hanyalah gurauan suami dan isteri, namun dia berasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa cepat menghukum.

    Seriously, itu hanya gurauan suami dan isteri, tak ada yang serius pun tentang penyakit herpes itu.

    Tapi netizen cepat menghukum. Janganlah begitu, kami juga ada hak nak gembirakan diri sebelum Allah SWT ambil nyawa kami.

    Kalau realiti gurauan tu lagi kasar, tapi itulah media sosial ni cepat sangat nak menghukum.

    Terdahulu, usahawan Kieda Crepe mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jangan Pegang!’ – Ezra Kairo Tak Nak Disentuh Penari Wanita, Netizen Puji Pandai Jaga Batas

    Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

    Sumber: TikTok Hilmi Zaki

    The post ‘Gurau Suami Isteri, Tak Ada Yang Serius Pun Herpes Itu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah