Perkongsian penyanyi, Haqiem Rusli di media sosial mencuri perhatian ramai apabila dia akhirnya berjaya memiliki mikrofon tempahan khas miliknya sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Menang AJL, Mesti Boleh Buat Lagi’ – Haqiem Rusli Tak Patah Semangat, Akan Terus Berkarya
Artikel Berkaitan: Tiada Rezeki Ke Pentas AJL40, Haqiem Rusli Reda Impian Tertangguh Lagi – ‘4 Tahun Menunggu, Saya Akan Terus Usaha’
Mochiko
Finally, I have my own mic,nama dia Mochiko 
♬ original sound – Haqiem Rusli
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 28, dilihat begitu teruja ketika membuka kotak yang berisi mikrofon.
Kata Haqiem, dia bersyukur kerana akhirnya dapat membeli mikrofon sendiri meskipun sudah hampir belasan tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
Hari ini antara hari yang best untuk saya.
Akhirnya saya ada mikrofon sendiri.
Dah dekat 12 tahun dalam industri baru nak beli mikrofon sendiri.
Pada kotak mikrofon tersebut turut kelihatan ukiran namanya, manakala mikrofon itu juga dihiasi dengan inisial namanya.
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Sangkar Derita’ itu turut berkongsi bahawa mikrofon tersebut telah diberi nama panggilan iaitu ‘Mochiko’.
Nama dia Mochiko.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Dah Dekat 12 Tahun Dalam Industri, Baru Beli Mikrofon Sendiri’ – Haqiem Rusli first appeared on OHBULAN!.





