Video kejutan hari lahir ibu kepada selebriti Didi Astillah iaitu Siti Zarina Astillah telah tular sejak semalam dan mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Dilamar Pada Malam Tahun Baharu, Kekasih Melutut & Serah Cincin Di Bawah Percikan Bunga Api
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga – ‘Hasil Duit Itulah Diguna Untuk Bantu Bella Fokus Belajar’
Didi bergaduh
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, kelihatan keluarga Didi bersama kenalan rapat mereka sedang menikmati majlis makan malam di sebuah restoran.
Tidak lama kemudian, berlaku perselisihan faham di antara Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, dengan pelayan restoran tersebut. Situasi dilihat menjadi lebih teruk apabila mereka mula bertegang urat.
Siti Zarina kemudian bangun dari kerusinya dan dengan tegas menasihati Didi supaya menghormati majlis tersebut.
Kenapa kau tak hormat birthday mama?
Kau nak malukan mama ke?
Dalam masa sama, turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang pantas mencuba menenangkan pelayan restoran berkenaan.
Didi kemudian memaklumkan bahawa kejadian itu sebenarnya telah dirancang untuk kejutan istimewa buat ibunya.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi tindakan Siti Zarina kerana mendidik anak sendiri terlebih dahulu tanpa menyalahkan orang lain.
Selain itu, mereka turut memuji Saddiq yang sedaya upaya meredakan pertelingkahan tersebut.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Birthday Prank’ Menjadi! Netizen Puji Ibu Didi Astillah Tegas Dengan Anak & Syed Saddiq Tenang Kawal Situasi Tegang first appeared on OHBULAN!.





