27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sahronizam Masih Perlu Jalani Rawatan, Ada Cuba Berubat Cara Kampung

    Shopee Sale

    Keadaan kesihatan pelakon, Sahronizam Noor menunjukkan perubahan positif selepas menjalani pembuangan sebahagian tulang yang terkena tumor di bahagian kanan belakang badannya.

    Artikel Berkaitan: Shahronizam Noor Hidap Kanser Tahap Dua, Reda Dengan Ujian – ’Saya Terima Apa Yang Sudah Ditetapkan Allah’

    Artikel Berkaitan: Shahronizam Syukur Terima Bantuan Daripada Seniman, Altimet & D’Ayu Pictures

    ‘Alhamdulillah’

    Ketika ditemui , suami kepada penyanyi dan pelakon, Safura Ya’cob berkata bagaimanapun dia masih perlu menjalani siri rawatan terutama bertemu doktor untuk pemeriksaan berkala.

    Alhamdulillah, saya dah buang tumor dan buat radioterapi tetapi masih ada lagi rawatan yang perlu saya jalani mengikut jadual.

    Pada 9 Julai ini, saya akan menjalani proses imbasan CT, manakala pada 22 Julai pula saya kembali semula ke hospital bagi bertemu pakar onkologi.

    Sahronizam berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran dan tayangan perdana drama bersiri Bidadari Tanpa Syurga di ibu kota pada petang Rabu.

    Bercerita lanjut, pelakon itu berkata rawatan kemoterapi yang perlu dijalaninya dijangka memakan masa sekitar enam bulan dengan setiap kitaran memerlukan rehat selama tiga minggu.

    Bulan lepas mereka ada beri cadangan untuk buat kemoterapi. Kena buat enam kitaran. Setiap satu kitaran tu kena masuk wad selama lima hari.

    Untuk pergi ke kitaran yang kedua, kena rehat selama tiga minggu. Selepas dah habis tiga minggu tu baru masuk ke kitaran yang kedua.

    Maksudnya, lima hari masuk hospital kemudian rehat selama tiga minggu dan memakan masa selama enam bulan jugalah.

    Kata Sahronizam, dia juga mengambil inisiatif lain dengan mendapatkan rawatan tradisional seperti mengambil air penawar.

    MENARIK:  Zul Ariffin Menidakkan Hubungan dengan Ruhainies dan Menolak Melibatkan Diri dalam Kontroversi Isu Khalwat - 'Saya Lebih Pilih Untuk Bersikap Berhemah'

    Mengulas lanjut, Sahronizam berkata doktor turut menitipkan nasihat kepadanya supaya mengurangkan kerja dengan mengambil watak yang menampakkan rambutnya.

    Biasalah, kalau dah jalani kemoterapi ni rambut akan gugur. Doktor ada nasihat carilah drama yang tiada rambut sebab memang akan berkurang.

    Doktor ada juga bagi anggaran katanya, kemungkinan saya akan bebas kanser ini selepas lima tahun kalau tiada apa-apa, Inshaa-Allah.

    Pada tahun lalu, Sahronizam disahkan menghidapi penyakit kanser tulang rawan tahap dua selepas mengalami sakit belakang.

    Difahamkan, selepas membuat pemeriksaan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur dia menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian kanan belakang badannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 29 Oktober lalu.

    The post Sahronizam Masih Perlu Jalani Rawatan, Ada Cuba Berubat Cara Kampung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah