28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang Cakap Saya Hebat Berlakon, Cuma Pendek’ – Khenobu

    Shopee Sale

    Pelakon, Khenobu menerima dengan hati terbuka tentang realiti industri lakonan tempatan yang cenderung memilih lelaki bertubuh tinggi untuk menggalas watak hero berbanding berbadan pendek.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Amir Ahnaf Tengok Skrip Dah Basah, Sebab Dia Menangis’ – Pengarah Filem Kahar: Kapla High Council

    Hero jarang pendek

    Khenobu atau nama sebenarnya Muhammad Faridh Mohd Yasir, 32, berkata, soal ketinggian sering menjadi perbualan dalam kalangan penggiat seni, terutama apabila melibatkan pemilihan pelakon bagi watak utama.

    Kalau bercakap soal ketinggian, memang perkara itu sering jadi bahan percakapan dalam industri di Malaysia.

    Ramai pengarah cenderung memilih pelakon yang tinggi dan berwajah tampan untuk watak-watak tertentu, terutama kategori ‘handsome boy’, ‘lover boy’ atau hero.

    Khenobu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Tarik Picu yang berlangsung di PJPAC, One Utama, Damansara pada Rabu.

    Walau bagaimanpun, Khenobu percaya faktor fizikal bukan penentu mutlak kejayaan seseorang pelakon kerana ramai individu bertubuh rendah sebenarnya memiliki bakat luar biasa.

    Sebab itu saya selalu katakan, ramai pelakon yang bertubuh rendah sebenarnya mempunyai bakat yang sangat hebat.

    Malah ada yang lebih ‘power’ daripada pelakon tinggi. Cuma mereka mungkin tidak berada dalam kategori yang sering dicari untuk watak-watak tertentu.

    Saya tidak kisah dan menerima budaya itu seadanya. Kawan-kawan saya yang tinggi pun ramai, dan saya sentiasa menyokong mereka sebagai rakan serta sebagai pelakon yang berbakat.

    Saya menerima hakikat bahawa saya tidak tinggi. Mungkin kerana itu juga ada pengarah yang melihat bakat saya dan memberi peluang untuk saya menunjukkan kemampuan lakonan dalam pelbagai jenis watak.

    Dalam masa sama, Khenobu menegaskan dia tidak pernah tersinggung apabila ada pihak yang mengulas mengenai ketinggiannya kerana perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil.

    Mungkin ada orang kata saya hebat berlakon, cuma saya pendek. Bagi saya, itu adalah ketentuan Allah dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Namun saya tetap akan terus berkarya.

    Sejujurnya, saya tidak pernah terasa hati apabila orang mengulas tentang ketinggian saya. Saya juga tidak pernah rasa rendah diri atau insecure.

    Saya membesar dengan kawan suka bergurau dan saling mengusik. Mereka cakap saya pendek, saya terima sahaja kerana itulah hakikatnya. Jadi apabila orang di luar berkata perkara yang sama, saya anggap itu perkara biasa.

    Selain Khenobu, teater Tarik Picu turut dibintangi Arfie Shah, Idan Aedan, Jay Iszwazir dan Amanlina Arham.

    MENARIK:  Pump RM40 Terus Dapat RM20? Caltex Datang Dengan Promo Paling Padu!

    The post ‘Orang Cakap Saya Hebat Berlakon, Cuma Pendek’ – Khenobu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah