28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Selesa Jadi Diri Sendiri Di Threads, Tak Kisah Digelar ‘Ratu Kacip’ – ‘Ramai Tak Tahu Saya Ni Ting Tong’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno mengakui gemar menggunakan Threads kerana platform itu memberinya peluang untuk mendekati peminat selain membolehkan dia menjadi diri sendiri.

    Artikel Berkaitan: ‘Aisha Retno Artis Jimat Kos, Tak Perlu Pereka Fesyen..Capai Apa Yang Boleh’ – Zila Bakarin

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mohon Maaf Selepas Ditegur Salah Pakai Aksesori Etnik Iban, Janji Akan Lebih Teliti

    ‘Sebenarnya saya ni agak ting tong’

    Ketika ditemui , Aisha berkata dia pada mulanya menggunakan Threads untuk mempromosikan lagu, namun aplikasi itu kini menjadi medium untuk menonjolkan personaliti dirinya yang sebenar.

    Saya muat turun Threads ketika nak promosikan lagu Jodoh Lebaran. Masa itu memang saya tak tahu sangat pasal Threads dan cuba belajar sendiri. 

    Bila buka aplikasi itu, banyak kandungan kelakar yang keluar.

    Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya saya ni agak ‘ting tong’. Jadi Threads jadi tempat untuk orang kenal sisi lain saya selain sebagai penyanyi.

    Aisha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu, Diari Air Mata di Kenangan Coffee TRX, pada Selasa.

    ‘Saya okey dengan gelaran Ratu Kacip’

    Tambah pelantun lagu Sutera itu, Threads juga membolehkannya berinteraksi dengan peminat secara lebih dekat sambil menjalankan tugas sebagai seorang artis.

    Pada mulanya saya ingat Threads ni platform yang agak toksik sebab itu yang selalu orang cakap. Tapi setakat ini pengalaman saya, dekat Threads semua yang kelakar dan positif. 

    Kalau ada komen yang kurang menyenangkan pun, itu perkara biasa kerana setiap orang bebas memberi pendapat

    Mengulas gelaran ‘Ratu Kacip’ yang diberikan oleh pengguna Threads, Aisha berkata dia terbuka dengan perkara itu.

    Ada yang tanya, ‘Aisha kenapa kacip sangat?’ Bagi saya, digelar sedemikian pun menunjukkan kedekatan kami, saya okey dengan gelaran itu.

    Saya pegang sendiri akaun itu dan rasanya itulah bahagian paling best sebab kita boleh jadi diri sendiri.

    Selagi kita boleh menghiburkan orang dengan sisi lain diri kita selain sebagai penyanyi, kenapa tidak?.

    Dalam perkembangan lain, Aisha baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Diari Air Mata lagu ciptaan komposer, Ajai.

    MENARIK:  [VIDEO] Joey Daud Kecewa Ada Pihak Lebihkan ‘Followers’ Berbanding Bakat – ‘Aku Masih Memikirkan, Sama Ada Akan Tinggalkan Industri Ataupun..’

    The post Aisha Retno Selesa Jadi Diri Sendiri Di Threads, Tak Kisah Digelar ‘Ratu Kacip’ – ‘Ramai Tak Tahu Saya Ni Ting Tong’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah