Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila mengakui dirinya mempunyai hasrat untuk berhijab satu hari nanti dan berharap orang ramai dapat mendoakan agar niat tersebut dipermudahkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Penyayang, Tak Berkira..Noor Nabila Ini Seorang Yang Kelakar Sebenarnya’ – Ameer Aiman
Artikel Berkaitan: Ameer Aiman Dedah Detik Pertama Jumpa Noor Nabila Di Gimnasium – ‘Saya Mengorat Dia’
Niat bertudung

Menurut Noor Nabila, 41, keinginan untuk mengenakan tudung sudah lama wujud dalam dirinya sehingga dia sendiri mempunyai koleksi tudung yang disimpan khas untuk dipakai apabila tiba masanya kelak.
Doakan saya akan bertudung satu hari nanti. Memang ada niat ke arah itu. Saya juga ada banyak koleksi tudung Naelofar yang pleated. Semua koleksi itu saya beli dan simpan.
Staf saya tanya kenapa beli banyak-banyak tudung. Saya kata saya simpan sebab semuanya cantik dan senang nak pakai.
Noor Nabila berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama kekasihnya, Ameer Aiman, baru-baru ini.
Dalam sesi sama, kakak kepada Neelofa itu sempat bertanya kepada Ameer sama ada dia perlu memakai hijab selepas mereka mendirikan rumah tangga kelak.
Kalau dah kahwin nanti, kena pakai tudung ke?
Ameer kemudian menjawab dia memang berharap Noor Nabila akan berhijab suatu hari nanti kerana berpendapat wanita itu kelihatan lebih manis dan cantik apabila bertudung.
Kalau tanya saya, memang saya mahu awak bertudung. Sebab awak cantik bila pakai tudung.
Dalam masa sama, Noor Nabila turut sempat berseloroh mahu menghasilkan kandungan media sosial memakai hijab bersama rakan baiknya, Rosix Omar.
The post ‘Doakan Saya Akan Bertudung Satu Hari Nanti’ – Noor Nabila first appeared on OHBULAN!.





