Pengarah, Shamyl Othman memuji sikap profesional yang ditunjukkan pelakon dari Indonesia, Aghniny Haque sepanjang menjalani penggambaran filem Khadam.
Artikel Berkaitan: Tular Video Pemandu e -Hailing Cakap Seorang Diri, Netizen Dakwa Ada ‘Khadam’ Di Sebelah
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam
Zero diva

Shamyl berkata, Aghniny sanggup datang ke Malaysia seorang diri tanpa ditemani pengurus mahupun pembantu peribadi untuk menjayakan naskhah tersebut.
Sudah tentu ada kos untuk membawa Aghniny ke Malaysia, tetapi perkara yang saya betul-betul hormati ialah sikap profesionalnya. Dia datang ke Malaysia seorang diri tanpa pengurus atau pembantu peribadi. Zero diva.
Dia sangat komited sepanjang proses penggambaran. Ketika sesi latihan, dia memberikan sepenuh usaha dan komitmen. Sikapnya sangat merendah diri dan langsung tidak menunjukkan sebarang kerenah diva.
Shamyl berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Khadam yang berlangsung di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Shamyl turut menyifatkan pelakon berusia 29 tahun itu sebagai seorang yang mudah bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang penggambaran yang berlangsung sekitar tahun lalu.
Dalam masa sama, Shamyl menjelaskan pemilihan Aghniny sebagai tunjang utama filem Khadam yang membawakan watak Melur bukan dibuat secara sewenangnya, sebaliknya selepas melalui proses pemilihan yang teliti.
Bagi saya, Aghniny mempunyai intensiti lakonan yang sangat menarik. Sebelum ini ada dua atau tiga pelakon Malaysia yang hampir menepati kriteria yang kami cari, namun tidak ramai yang benar-benar sesuai.
Kami mencari pelakon wanita lewat usia 20-an yang mempunyai wajah Melayu klasik dan mampu membawa karakter dengan kuat. Aghniny berjaya memenuhi semua kriteria tersebut.
Watak Melur perlu kelihatan lembut ketika bersama anak-anaknya dan pada masa sama mempunyai kekuatan sebagai seorang ibu yang hidup pada zaman yang serba mencabar.
Saya melihat dia mempunyai kekuatan tersendiri tanpa menghilangkan ciri-ciri kewanitaannya. Itulah yang saya nampak dalam diri Aghniny.
Selain Aghniny, filem Khadam yang akan menghantui pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Jun ini turut dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.
The post Pengarah Khadam Dedah Aghniny Haque Datang Malaysia Seorang Diri Tanpa PA & Pengurus – ‘Zero Diva’ first appeared on OHBULAN!.





