Pelakon, Idris Khan berkongsi pandangan mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan gadis Melayu yang menurutnya kadangkala tidak menyerlahkan kecantikan sebenar diri.
Artikel Berkaitan: Idris Khan Mahu Skrip Bagus, Enggan Bawa Watak Sama Berulang Kali
‘Gadis Melayu menawan’

Menerusi perkongsian di Threads, Idris, 36, bagaimanapun menegaskan kenyataannya itu bukan bertujuan menghakimi sesiapa, sebaliknya sekadar mengutarakan pemerhatian peribadi.
Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses (kanta lekap) berwarna.
Saya rasa kecantikan sejati itu hadir apabila seseorang menerima diri mereka seadanya. Kadangkala, kanta berwarna itu nampak kurang sesuai dengan pemakai sehingga tidak menyerlahkan keindahan wajah sebenar.
Dalam masa sama, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu menegaskan dirinya tidak pernah menilai atau menjatuhkan sesiapa, malah menyifatkan setiap individu mempunyai kecantikan tersendiri.
Saya bukan jenis orang yang suka menghakimi, itu bukan karakter saya. Apa yang saya kongsi hanyalah pandangan ikhlas.
Anda semua tetap cantik walau bagaimana sekali pun, cuma saya rasa lebih indah bila kecantikan asli itu dipelihara.
Idris turut berharap agar pandangannya diterima dengan hati terbuka kerana niatnya hanya mahu menyebarkan aura positif.
Tiada sebarang unsur negatif. Saya cuma mahu kita sama-sama sebarkan kasih sayang, kedamaian dan hal-hal yang baik. Itu lebih penting.
Sumber: Threads
The post ‘Gadis Melayu Jauh Lebih Cantik Tanpa Pakai Contact Lenses Berwarna’ – Idris Khan first appeared on OHBULAN!.





