Pereka fesyen FiziWoo tidak campur urusan peribadi selebriti dan memilih ‘muse’ mengikut kesesuaian koleksi baju raya.
Tidak campur tangan
Ketika ditemui , Fiziwoo menyatakan bahawa mereka tidak menyenarai hitam mana-mana selebriti untuk berkolaborasi.
Menurutnya, mereka memilih untuk kekal profesional.
Malah orang yang kenal siapa kita, dia tahu dan tidak melatah.
Sebagai pereka fesyen, kita hanya buat kerja kita saja.
Kita tak ambil campur urusan peribadi dan rumah tangga orang.
Mereka (selebriti) adalah kawan-kawan kami.
FiziWoo juga sedia bekerjasama lagi dengan selebriti yang pernah bersama kami sebelum ini dan sama sekali tidak akan ‘banned’ mereka.
Fiziwoo berkata demikian ketika mereka sedang mengendalikan majlis FiziWoo Raya25 Collection Iftar Soirée di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Selasa malam.
Tidak serik kolaborasi dengan selebriti
Berkongsi lebih lanjut, Fiziwoo memilih untuk kolaborasi dengan ahli politik dan pempengaruh bagi koleksi Fiziwoo’s Raya Collection 2025.
Tak serik (kerjasama dengan selebriti).
Tapi bagi saya, bila kami mengambil wajah sebagai muse, apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang tidak dijangka.
Dalam pada itu, pengasas jenama tersebut, Hafizi Woo dan Izree Kai Haffiz akui bahawa segala yang terjadi merupakan perkara diluar kawalan mereka.
Imbas kembali, jenama Fiziwoo turut terpalit dengan kontroversi yang melibatkan pelakon Ruhainies dan penyanyi Alif Aziz sehingga mereka dibanjiri notifikasi daripada netizen.