Hantaran pelakon Niezam Zaidi dibanjiri pelbagai reaksi netizen susulan dakwaan yang mengaitkannya dengan isu kecurangan terhadap pelakon Fify Azmi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Netizen Kecoh, Kami Okay Saja’ – Niezam Zaidi Akui Masih ‘Partner’ Fify Azmi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Niezam Zaidi Santuni & Cium Tangan Pelajar Tahfiz – ‘Dia Tahu Adab’
Netizen ‘serang’ Niezam Zaidi

Menerusi tinjauan , salah satu hantaran yang dibuat pelakon berusia 34 tahun itu menerima pelbagai kecaman susulan didakwa berlaku curang.
Pada hantaran yang sama, netizen dilihat meninggalkan pelbagai komen berbaur sindiran susulan perbualan yang didakwa melibatkan pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine.
Difahamkan, hantaran tersebut dimuat naik oleh Niezam pada Mei lalu namun kembali menjadi perhatian netizen selepas namanya dikaitkan dengan isu curang yang sedang hangat diperkatakan.
Meskipun dihujani dengan pelbagai komen kecaman, Niezam dilihat tidak melakukan sebarang klarifikasi terhadap isu itu pada ketika ini.
Komen netizen




Terdahulu, pelakon Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan Sarah Yasmine. Meskipun tidak mendedahkan nama individu tersebut, Fify memberi bayangan kekasihnya itu seseorang yang mempunyai inisial NZ.
Sumber: Instagram @niezamzaidi
The post Netizen ‘Serang’ Akaun Threads Niezam Zaidi – ‘Dah Kemas Bilik Ke?’ first appeared on OHBULAN!.





