Pelakon Adam Lee berkongsi tentang luahannya mengenai cabaran yang harus dihadapi dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Adam Lee Teruja Nak Pindah Rumah Idaman Bersama Sweet Qismina – ‘Bila Ada Rezeki Masuk, Kami Akan Renovate’
Luahan Adam

Menerusi hantaran di Threads, Adam atau nama lengkapnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, berkongsi tentang realiti uji bakat lakonan yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Menurut Adam, dia telah menghadiri pelbagai sesi uji bakat sepanjang penglibatan sebagai aktor, namun hakikatnya tidak semudah yang disangka.
Aku ni kaki casting, berpuluh casting dah aku pergi dan Alhamdulillah satu dua je dapat.
Yang lain selalu kena tolak.
Patut tak aku teruskan dengan dunia casting lakonan ni?
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata mendakwa Adam sudah berputus asa dengan dunia seni.
Bukan putus asa

Susulan itu, Adam memuat naik satu lagi hantaran bagi memperbetulkan tanggapan orang ramai.
Menurut Adam, dia sama sekali tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.
Tambah Adam, proses uji bakat dan kerjaya lakonan adalah dua perkara yang berbeza. Kegagalan di bilik casting tidak bermakna perjalanan seninya sudah berakhir.
Asal semua ingat aku nak give up ni.
Aku cakap dunia casting lakonan, bukan dunia lakonan, dua maksud yang berbeza tu. YTJT (Yang Tahu Je Tahu).
Ramai suruh buat business aku hargai sangat. Nanti aku dah start jangan lupa sokong.
Sumber: Threads
The post Disangka Nak ‘Give Up’ Jadi Pelakon Selepas Luah Tentang Realiti Casting, Ini Penjelasan Adam Lee first appeared on OHBULAN!.





