Doa merupakan antara amalan yang sering menjadi sandaran pelajar ketika menghadapi peperiksaan kerana dapat membantu menenangkan hati dan menguatkan keyakinan diri.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Magik, Cukup Para Ibu Amalkan 11 Doa Pendek Ini Sambil Masak
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Pergi Mekah & Doa Depan Kaabah, Tapi Lupa Doa Ibu Lebih Mustajab’ – Syatilla Melvin
Senarai doa

Selain membuat persediaan rapi melalui ulang kaji, ramai juga yang menjadikan doa sebagai amalan untuk memohon ketenangan hati, kemudahan dalam menjawab soalan serta kejayaan daripada Allah SWT.
1. Doa diberikan kemudahan ketika ujian
اللَّهُمَّ الْطُفْ بِنَا فِي تَيْسِيرِ كُلِّ عَسِيرٍ فَإِنَّ تَيْسِيرُ الْعَسِيْرِ عَلَيْكَ يَسِيرٌ وَنَسْتَلُكَ الْيَسِيرُ وَالْمُعَافَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kami taufik untuk mempermudahkan segala sesuatu yang sukar, kerana sesungguhnya bagi-Mu memudahkan perkara yang sukar itu amatlah mudah. Kami memohon kepada-Mu perkara yang mudah serta keampunan di dunia dan akhirat.
2. Doa memohon persiapan menghadapi ujian
اللَّهُمَّ بِحُبِّ ذَاتِكَ تَحَصِّنَّ يَا اللهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللَّهِ حَقًّا وَصِدْقًا
Maksudnya: Ya Allah, dengan mencintai Dzat-Mu, kuatkanlah kami ya Allah. Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang benar dan yang hak.
3. Doa sebelum menduduki ujian
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَعِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا وَ عَلَّمْنَا مَا يَنْفَعُنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: Maha suci Engkau, ya Allah, kami tidak akan memiliki ilmu melainkan Engkau yang mengajarkannya kepada kami. Maka ajarilah kami ilmu yang bermanfaat bagi kami dan berikanlah kami dalam apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Englau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
4. Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلُكَ خَيْرُ الْمَوْلَ وَخَيْرُ الْمَخْرَجِ. بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا بِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, sebaik-baiknya tempat masuk dan sebaik-baiknya tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk. Dengan nama Allah, kami keluar. Dan, kepada Allah Tuhan kami, kami berserah diri.
5. Doa ketika menjawab soalan yang susah
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سهلاً
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Dan jika Engkau kehendaki, mampu menjadikan kesukaran itu menjadi mudah.
6. Doa peroleh markah, gred, atau keputusan peperiksaan cemerlang
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَتِحِينَ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil), dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.
Sumber: Detik Hikmah
The post Peperiksaan Semakin Dekat? Amalkan Doa Ini Untuk Tenangkan Hati first appeared on OHBULAN!.





