29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong nasihati KP SPRM laksanakan amanah dengan integriti

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman agar melaksanakan amanah dipikul dengan penuh integriti.

    Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah usaha membanteras gejala rasuah di negara ini mestilah dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

    MENARIK:  Muhyiddin: Bersatu bersedia hadapi PRK DUN Nenggiri

    Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat itu ketika berkenan menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara di sini hari ini.

    Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lepas menggantikan Tan Sri Azam Baki.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah