Penyanyi dan penulis lagu, Imran Ajmain tidak mengambil pusing dengan kritikan yang mempertikaikan kualiti vokal serta persembahannya ketika beraksi di pentas Semi Final Muzik-Muzik 40 (SFMM40) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Imran Ajmain Buat Kerja Gila, ‘Sumbat’ 37 Lagu Dalam Satu Album
Artikel Berkaitan: Imran Ajmain Kongsi ‘Fun Facts’ Lagu ‘Dikalung Kasihan’ – ‘Patut Jadi Single Pertama Sebuah Album Tapi Batal Selepas Pemergian Arwah Abah’
Tak baca kecaman

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 45, menegaskan dia memilih untuk tidak membaca sebarang kecaman yang dilemparkan di media sosial.
Menurut Imran, tidak adil bagi penonton untuk menghakimi kualiti vokalnya hanya berdasarkan satu persembahan.
Saya tidak akan baca kecaman. Sebab yang komen negatif tu mereka hanya tengok sekali sahaja persembahan saya sepanjang 20 tahun saya jadi penyanyi.
Pada malam itu saya tidak dapat melakukan dengan terbaik. Nyanyian adalah kerja saya dan saya menyanyi hampir setiap hari.
Kalian hanya dengar satu lagu secara ulangan. Saya ada 60 lagu lain yang kalian tak pernah dengar.
Imran perkara demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Spotlight KL Convention Centre di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis.
Mengulas dakwaan segelintir netizen yang menyamakan imej serta gaya persembahannya dengan bintang antarabangsa, Sam Smith, Imran menegaskan tanggapan itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.
Jadi apabila saya menyanyi sekali itu, orang cakap saya ibarat Sam Smith atas pentas, bagi saya tidak adil. Saya adalah diri saya sendiri.
Kalian tidak betul-betul mengenali saya. Kalian hanya melihat satu persembahan itu saja.
Terima

Walaupun tidak berjaya meloloskan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Imran menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
Sejujurnya, AJL itu bagi saya adalah satu keajaiban dalam kehidupan saya. Kalau saya dapat mara, saya rasa stage fright saya akan menjadi lebih teruk.
Walaupun tidak mara, saya hanya terima dengan sepenuh hati dengan ikhlas. Itu adalah pentas yang paling besar saya pernah masuk dalam pertandingan.
Dalam pada itu, Imran turut meluahkan rasa terkilan terhadap format pengumuman keputusan yang dilihat seolah-olah bermain-main dengan emosi peserta yang bertanding.
Imran menyarankan agar pihak penganjur lebih sensitif dan menghormati para penggiat seni yang telah memberikan komitmen tinggi.
Ada perkara yang saya kecewa pada malam itu. Saya kurang suka dengan format AJL yang suka bergurau dengan jumlah lagu yang akan mara. Saya tidak salahkan pengacara.
Ini adalah sesuatu yang besar, saya rasa perlu hormat peserta yang tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Terus terang saja.
Terdahulu, nama Imran menjadi bualan di media sosial susulan persembahannya pada malam SFMM yang menerima pelbagai reaksi termasuk daripada peminat yang mengakui berasa sedikit kecewa.
Pada malam tersebut, Imran mempertaruhkan lagu Seribu Tahun Lagi, namun persembahannya dikatakan tidak menepati jangkaan sebahagian penonton yang mengharapkan kualiti vokal lebih mantap daripada penyanyi berpengalaman itu.
The post Disamakan Dengan Sam Smith, Imran Ajmain Tak Layan Kritikan – ‘Tidak Adil, Mereka Baru Tengok Persembahan Saya Sekali…’ first appeared on OHBULAN!.





