32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kaka Azraff Cerai Kali Kedua Dengan Adam Azriff – ‘Sekurangnya Kami Sudah Mencuba’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Kaka Azraff mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff sudah berakhir apabila mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Mohon Doa Yang Baik, Ciapan Di Threads Tiada Kaitan Dengan Peribadi – ‘Status Rumah Tangga Tak Boleh Nak Dedah Sekarang’

    Cerai talak dua

    Memetik laporan Mstar, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata dia reda menerima ketentuan tersebut walaupun mengakui perpisahan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.

    Benar. Cerai itu berlaku Khamis. Talak dua pada pukul 9 pagi. Saya terima ini sebagai satu pengajaran dalam hidup.

    Menurut pelantun lagu Gila itu, dia dan bekas suami sudah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina, namun percaya perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka.

    Inilah hidup. Ia mengajar kita untuk cuba buat yang terbaik. Sudah cuba buat yang terbaik tetapi tidak menyebelahi apa yang kita impikan.

    Rasa puas untuk mencuba itu cukup. Sekurang-kurangnya kami dah mencuba. Ini bukan nak salahkan sesiapa, ini takdir dan terima hakikat. Sekarang teruskan perjalanan hidup dengan tiga cahaya mata.

    Dalam pada itu, Kaka turut mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah, namun percaya setiap ujian yang berlaku perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

    Ibu saya besarkan saya sebagai single mother, tapi kerana bercerai mati. Bukan mudah, tapi inilah kehidupan. Saya ambil sebagai pengajaran untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.

    Untuk rekod, pasangan tersebut pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.

    MENARIK:  Farisha Iris Pesan Jangan Butakan Mata Demi Cinta

    Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, Aryan dan Atta Adam.

    Sumber: Mstar

    The post Kaka Azraff Cerai Kali Kedua Dengan Adam Azriff – ‘Sekurangnya Kami Sudah Mencuba’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah