32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kekok & Janggal Berhadapan Dengan Orang, Sampai Kena Bongkok’ – Imran Ajmain

    Shopee Sale

    Penyanyi dan penulis lagu, Imran Ajmain mengakui memiliki ketinggian yang sering dianggap sebagai satu kelebihan, tetapi tidak memberi impak positif kepadanya ketika zaman mudanya yang bersifat pemalu dan introvert.

    Artikel Berkaitan: Imran Ajmain Buat Kerja Gila, ‘Sumbat’ 37 Lagu Dalam Satu Album

    Artikel Berkaitan: Imran Ajmain Kongsi ‘Fun Facts’ Lagu ‘Dikalung Kasihan’ – ‘Patut Jadi Single Pertama Sebuah Album Tapi Batal Selepas Pemergian Arwah Abah’

    Malu

    Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 45, meluahkan rasa bangga dan bersyukur dengan ketinggian yang dimilikinya.

    Bagaimanapun, keadaan itu pernah membuatkan dirinya berasa kekok dan janggal ketika berhadapan dengan orang ramai sehingga ada kalanya dia terpaksa membongkok ketika bergambar.

    Walaupun ketinggian saya melebihi lelaki average yang sering diidam-idamkan, ia tidak sentiasa memberi kesan positif lagi-lagi untuk lelaki pemalu dan introvert.

    Ya, saya bangga dan bersyukur sekarang.

    Tetapi bila melihat kembali zaman muda, memang kekok dan janggal berhadapan dengan orang.

    Malu dan segan sampai membongkok, ketinggian saya 189 cm.

    Dalam pada itu, Imran menyatakan pandangannya terhadap ketinggian yang dimiliki telah berubah seiring peningkatan usia, sekali gus menjadikannya lebih yakin dengan diri sendiri.

    Sekarang bila orang cakap, ‘Awak ni tinggi sangat’, saya selalu betulkan, ‘Salah tu, saya sangat tinggi’.

    Tahu bezanya kan?

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Fiziwoo Tidak Serik Kolaborasi Dengan Selebriti, Pilih Untuk Kekal Profesional – ‘Apa Yang Jadi Luar Jangkaan Kami’

    The post ‘Kekok & Janggal Berhadapan Dengan Orang, Sampai Kena Bongkok’ – Imran Ajmain first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah