29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mana bukti SD? Jangan heret rakyat dalam khayalan!’

    Shopee Sale

    Pemuda Bersatu (Armada) Kangar menggesa Pemuda PAS Perlis tampil membuktikan dakwaan bahawa Adun daripada parti itu terlibat dalam gerakan menjatuhkan bekas menteri besar Perlis Shukri Ramli.

    Sambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan "kitar semula" yang tidak berasas, ketua penerangannya, Muhammad Fadzil Nor Abd Manan, berkata kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis Haziq Asyraf Dun semalam hanyalah pengulangan tuduhan yang sudah dijawab dan dinafikan secara rasmi oleh kepimpinan Bersatu sebelum ini.

    Haziq Asyraf Dun

    "Kami berpandangan bahawa isu yang terus dimainkan ini sewajarnya disertakan dengan bukti yang jelas dan boleh disahkan.

    “Jika benar wujud Akuan Bersumpah (SD) seperti yang didakwa, maka rakyat berhak mengetahui fakta sebenar dan bukti tersebut hendaklah dikemukakan kepada pihak yang berwajib serta diperlihatkan kepada umum.

    "Tuduhan berulang tanpa bukti yang boleh diteliti hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi serta mengheret rakyat ke dalam polemik politik yang tidak berkesudahan.

    "Dalam soal yang melibatkan integriti dan kestabilan kerajaan negeri, fakta hendaklah mengatasi persepsi," katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Tuntut bukti, bukan persepsi

    Semalam Haziq berkata bahawa Pemuda PAS Perlis kesal dengan tindakan Bersatu yang terus menafikan pembabitan Adun parti itu dalam usaha yang didakwa bertujuan menjatuhkan bekas menteri besar Perlis daripada PAS.

    Haziq yang juga Adun Beseri mempersoal penafian Bersatu susulan pendedahan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyentuh beberapa isu yang didakwa menjejaskan semangat setiakawan antara PAS dan Bersatu dalam PN.

    Abdul Hadi membangkitan antaranya, isu berkaitan pertukaran menteri besar Perlis dengan pelantikan Abu Bakar Hamzah daripada Bersatu.

    Abu Bakar Hamzah (kanan) bersama Shukri Ramli

    Tiga Adun yang dirujuk ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail; dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

    MENARIK:  MP Bangi kecam menantu Hadi cuba main sentimen kaum

    Mengulas lanjut, Haziq mendakwa ketiga-tiga Adun tersebut secara terbuka mengakui telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bersama Adun Bersatu pada satu pertemuan bersama Dewan Harian PAS Pusat pada 21 Disember tahun lalu, yang turut dihadiri semua Adun PAS Perlis.

    Junjung titah ‘Ini kerajaan Beta’

    Sementara itu, Muhammad Fadzil turut mengingatkan semua pihak supaya menjunjung serta menghormati titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail semasa Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis semalam yang menegaskan bahawa 'ini kerajaan beta'.

    Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

    "Titah tersebut jelas membawa mesej bahawa kerajaan negeri yang telah diperkenankan hendaklah diberikan ruang untuk mentadbir dengan baik sehingga tamat penggalnya. Semua pihak perlu meletakkan kepentingan rakyat dan kestabilan negeri mengatasi kepentingan politik sempit.

    "Polemik politik yang berpanjangan wajar dihentikan dan segala perbezaan pendapat diselesaikan melalui saluran matang, berhemah serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan, “ katanya.

    Muhammad Fadzil Nor berkata, rakyat hari ini sudah muak dengan pertikaian politik dan sebaliknya mendambakan sebuah kepimpinan yang bersatu padu demi kesejahteraan masyarakat.

    "Armada Bersatu Bahagian Kangar akan terus komited mempertahankan kestabilan politik negeri, memperkukuhkan semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN), serta mendukung segala usaha yang membawa manfaat kepada rakyat dan negeri Perlis," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah