Walaupun sudah hampir beberapa minggu berlalu, penyanyi, Aizat Amdan akui masih trauma dan sukar menerima hakikat kehilangan abang sulungnya, Amir Amdan yang meninggal dunia baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Aizat Amdan Perjelas Sebab Jarang Lancar Lagu Baru – ‘Saya Macam Beruang, Keluar Bila Lapar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aizat Amdan Tetap Pendirian – ‘Bruno Mars Memang Penyanyi Hebat, Tapi Saya Tak Akan Tutup Mata Untuk Ke Konsert Dia’
Trauma

Ketika ditemui , Aizat, 37, berkata lebih menyedihkan, insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas dia selesai melancarkan lagu terbaharunya, Ajar Aku bersama kumpulan SOG.
Sejujurnya, saya tidak sangka insiden itu berlaku sejurus selepas sidang media pelancaran lagu Ajar Aku bersama SOG.
Sampai sekarang saya masih teringat-ingat. Walaupun sudah hampir tiga minggu berlalu, rasanya seperti baru semalam berlaku. Perasaan itu agak pelik bagi saya.
Aizat berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Spotlight KL Convention Centre di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis.
Menurut Aizat, hubungannya bersama adik-beradik sangat rapat selepas perpisahan ibu bapa mereka.
Kami enam beradik sangat rapat. Disebabkan ibu bapa kami sudah berpisah, hubungan adik-beradik menjadi sangat penting dalam hidup kami.
Kadang-kadang bukan persetujuan ibu bapa yang kami cari, tetapi persetujuan sesama adik-beradik.
Kata Aizat, Amir merupakan tunjang utama kepada penubuhan syarikat pengurusan artis miliknya, iaitu Kasi Gegar Entertainment.
Kalau nak diikutkan, syarikat saya iaitu Kasi Gegar Entertainment pun mendapat namanya daripada arwah. Dialah yang mencadangkan nama itu.
Malah, dia juga individu pertama yang menguruskan kerjaya saya selepas saya melangkah ke dalam industri seni. Selepas keluar daripada Maestro, dialah yang menjadi pengurus saya.
Sementara itu, berkongsi mengenai punca kematian, penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu berkata abangnya tidak mempunyai sebarang penyakit.
Arwah tidak sakit. Dia mengadu sakit dada dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Namun, dia rebah di hadapan klinik. Semuanya berlaku dengan sangat mengejut. Saya difahamkan ia berkaitan serangan jantung.
Bagi saya, kehilangan secara mengejut adalah yang paling menyakitkan.
Memang ajalnya sudah sampai dan itulah yang membuatkan kehilangan itu terasa lebih berat.
Terdahulu, Amir disahkan meninggal dunia pada 14 Mei lalu.
Jenazah itu kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada keesokan harinya.
The post [VIDEO] Aizat Amdan Masih Trauma Kehilangan Abang, Pergi Mengejut Selepas Pelancaran Lagu – ‘Kehilangan Paling Menyakitkan’ first appeared on OHBULAN!.





