28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Segera Maafkan Lan Pet Pet – ‘Mencapai Redha Allah SWT Adalah Lebih Utama’

    Shopee Sale

    Tidak berlenggah, pelakon, Fazura memilih untuk memaafkan keterlanjuran anggota Senario, Lan Pet Pet yang membuat lawak berunsur double meaning terhadapnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Fazura Isu Lawak Lucah – ‘Saya Tidak Mempunyai Sebarang Niat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Dikecam, Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura – ‘Biadab & Kurang Ajar!’

    Memaafkan

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkata kemaafan itu dibuat sejurus pelawak itu melakukan permohonan maaf kepadanya.

    Kata Fazura, walaupun hatinya telah terguris namun dia sanggup meletak ke tepi kerana ingin mendapat keredhaan Allah SWT.

    Susuli permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz (panggilan Fazura) memilih untuk segera memaafkan seperti mana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda.

    Ini kerana, walaupun hati pernah terguris keinginan mencapai redha Allah SWT adalah lebih utama.

    Dalam pada itu, Fazura turut berharap kejadian yang sama tidak akan berulang kembali.

    Semoga pula kejadian ini menjadi pengajaran dan juga teladan buat kita bersama.. mudah-mudahan, amin.

    Sebelum ini, nama Lan menjadi bualan hangat selepas secara terbuka melakukan lawak yang berunsur luncah dan double meaning terhadap Fazura.

    MENARIK:  Aliff Syukri Serik Nak Bagi Orang Pinjam Duit, Sedang Tuntut Hak Berjumlah RM50 Juta Daripada Pemiutang

    Lan kemudiannya tampil memohon maaf terhadap pelakon tersebut.

    Sumber: Threads

    The post Fazura Segera Maafkan Lan Pet Pet – ‘Mencapai Redha Allah SWT Adalah Lebih Utama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah