28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Tidak Tersinggung Warga Emas Tak Kenal Dirinya – ‘Saya Hanya Ibarat Seperti Orang Biasa’

    Shopee Sale

    Pelakon Fasha Sandha tidak pernah menganggap dirinya dikenali ramai sebaliknya mengakui dia seperti orang biasa sahaja.

    Artikel Berkaitan: Terima Pingat Jasa Baik, Fasha Sandha Tak Terfikir Gelaran Datuk – ‘Terlalu Berat & Tak Pernah Terlintas’

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Diundang Ke Resepsi Perkahwinan Luna Maya Di Bali – ‘Gembira Jumpa My Soulmate’

    Rendah diri

    Ketika ditemui , Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak ambil pusing andai ada individu yang tidak mengenalinya sebagai selebriti.

    Mungkin ada golongan lain yang tak tengok atau tak suka drama mungkin mereka tonton program hal ehwal Islam, jadi kalau mereka tak kenal bukanlah satu perkara mengejutkan.

    Saya tak meletakkan diri ini sebagai selebriti. Kalau bekerja mungkin saya anggap diri ini sebagai artis kerana ditemubual wartawan.

    Kalau tidak, saya hanya ibarat orang biasa boleh buat kerja mencuci, pergi pasar atau bawa kereta sendiri.

    Tambah aktres berusia 41 tahun itu, dia memilih untuk bersikap merendah diri meskipun sudah lama bergelar anak seni.

    Saya dari dulu memang bersifat sebegini. Saya kekal jadi diri sendiri dan bersikap merendah diri dengan orang lain.

    Saya tiada masalah kalau orang tak kenal sebab zaman sudah berbeza.

    Ada sahaja orang yang tak tengok televisyen (TV) dan memilih platform lain atau media sosial. Jadi, kalau orang tak kenal saya okay sahaja.

    Fasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media cawangan terbaharu Kopi Saigon yang berlangsung di MyTown, Cheras pada Rabu.

    MENARIK:  Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’

    Seloroh peminat

    View this post on Instagram

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    Semasa disoal tentang video tular seorang wanita warga emas yang tidak mengenalinya, ibu kepada tiga orang anak itu berkata, kemungkinan ada yang tidak tahu akan dirinya selepas dia mula mengenakan hijab.

    Saya percaya mak cik itu tak perasan sebab tak bersolek. Mungkin kalau di TV saya selalu bersolek, jadi mungkin bila tengok saya sebegitu dia tak kenal.

    Saya terkejut juga sebab ketika itu sedang buat ‘content’ untuk kedai sepupu saya, tapi mak cik itu pula mahu ‘kenenkan’ saya dengan cucunya.

    Kemudian, anak mak cik itu datang minta maaf kerana ibunya tak kenal saya. Saya tak kisah pun kalau orang tak kenal, saya okay sahaja. Tak adalah saya anggap semua orang di Malaysia ini kenal saya.

    Terdahulu, Fasha memuat naik video warga emas tersebut di Instagram yang menyatakan hasrat mahu menjodohkan dia dengan cucunya.

    Dalam perkembangan lain, Fasha dan suami Aidil Aziz merupakan pemilik bersama kedai Kopi Saigon cawangan ke-208 yang baru sahaja di buka di pusat beli belah tersebut.

    The post Fasha Sandha Tidak Tersinggung Warga Emas Tak Kenal Dirinya – ‘Saya Hanya Ibarat Seperti Orang Biasa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah