26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’

    Shopee Sale

    Pelakon, Mia Sara Nasuha menegaskan polemik yang tercetus antara dirinya dengan aktres, Puteri Balqis bukan berpunca daripada konflik peribadi, sebaliknya akibat niat baik yang disalah tafsir sehingga mengundang persepsi negatif dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?

    Artikel Berkaitan: ‘Puteri Balqis, Tak Ada Apa Salah Atau Perlu Minta Maaf Kepada Saya, Salah Faham Je Tu’ – Michael Ang

    Salah faham punca gaduh

    Mia atau nama penuhnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, menjelaskan dia sebenarnya mengagumi bakat lakonan Puteri Balqis dan tidak pernah mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan aktres itu.

    Malah, isu yang diperkatakan bermula ketika mereka masih kanak-kanak. Menurut Mia, keadaan menjadi rumit apabila pelbagai artikel berkaitan perkara tersebut tersebar dan mencetuskan kecaman terhadap kedua-dua pihak.

    Saya mengagumi Puteri Balqis kerana bakat lakonannya dan melihat apa yang dia lakukan sebagai satu bentuk seni. Namun keadaan disalah tafsir sehingga orang luar menganggap saya dan Puteri Balqis seolah-olah bergaduh.

    Kami tak pernah berhubung secara peribadi. Isu ini berlaku ketika kami masih kanak-kanak, sekitar umur saya tujuh tahun. Tak masuk akal untuk mengatakan kami mempunyai konflik besar kerana kami budak-budak pada waktu itu.

    Apabila artikel-artikel mula keluar, keadaan menjadi semakin buruk dan kami berdua menerima kecaman.

    Mia berkongsi perkara itu menerusi Podcast Kita-Kita Aje! yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.

    Mengulas lanjut, Mia menjelaskan tindakannya ketika itu didorong oleh kebimbangan terhadap nasib Puteri Balqis yang dilihat berdepan kecaman melampau daripada netizen, sama seperti yang pernah dialaminya.

    Namun, Mia mengakui cara penyampaiannya telah menimbulkan salah faham dan mencetuskan reaksi negatif daripada masyarakat.

    Beberapa tahun kemudian, ketika saya berumur sekitar 15 tahun, orang ramai mula memuat naik gambar di TikTok dan terus mengecamnya dengan sangat keterlaluan.

    Saya risau Puteri Balqis akan melalui perkara yang sama seperti saya. Niat saya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan dan menyokongnya.

    Saya cuba menyampaikan mesej supaya orang ramai menegur dengan baik dan tidak terus menghukum kerana kita tidak tahu apa yang seseorang itu lalui.

    Cara saya bercakap sangat mengundang salah faham dan mengakibatkan reaksi balas yang besar. Isu tersebut menjadi terlalu besar sehingga saya panik.

    Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan.

    Mental terkesan

    Dalam pada itu, Mia mengambil kesempatan menyampaikan mesej kepada Puteri Balqis bahawa dia tidak pernah berniat memburukkan aktres tersebut dan mengakui dirinya ketika itu masih belum matang dalam menangani situasi.

    MENARIK:  [VIDEO] Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawan Rapat, Nafi Ada Hubungan Istimewa – ‘Dia Sahabat Baik, Selalu Beri Sokongan’

    Bagaimanapun, Mia tidak menafikan kecaman yang diterima memberi kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kebimbangan sosial yang serius.

    Saya harap mesej saya sampai kepadanya bahawa saya tidak pernah berniat untuk bercakap buruk tentang dirinya. Saya akui ketika itu saya masih muda dan tidak matang. Niat saya hanyalah untuk melindungi, bukan menghina.

    Kecaman yang diterima sangat berat, termasuk daripada ibu bapa orang lain. Saya dicaci dan dihina, malah dikaitkan dengan penampilan saya.

    Apabila Twitter menjadi kecoh, keadaan mental saya semakin merosot. Saya merasakan semua orang membenci saya.

    Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap tindakan Mia yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

    Sumber: YouTube

    The post Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah