Pelakon, Eyra Hazali memaklumkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil selepas mengalami masalah pernafasan ketika tidur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Syukur Anak Pertama Sebagai Pembuka Rezeki, Kongsi Momen Hayder Cium Kaabah
Buang tonsil

Menerusi hantaran di Threads, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 26, mengakui pada awalnya dia menyangka dengkuran anaknya itu adalah perkara biasa.
Anak tidur berdengkur tak normal ya. Anak saya Endra tidur berdengkur dan saya fikir itu perkara biasa.
Sehinggalah saya perasan dia berhenti bernafas sekejap-sekejap ketika tidur dan kerap kencing pada waktu malam.
Menurut Eyra, rasa bimbang mendorongnya membawa Endra berjumpa pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk pemeriksaan lanjut.
Saya bawa dia pergi ENT dan rupanya kedua-dua tonsil Endra sudah bengkak tahap empat, hampir menutup sepenuhnya laluan pernafasannya.
Eyra turut memuat naik foto dua tonsil yang berjaya dikeluarkan hasil pembedahan yang dijalankan.
Tambah isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli itu lagi, ramai ibu bapa mungkin tidak menyedari kaitan antara masalah pernafasan dengan kencing malam dalam kalangan kanak-kanak.
Apa kena mengena dengan kencing? Bila oksigen tak sampai ke otak, otak akan beri isyarat kepada badan untuk kencing supaya badan jadi ‘alert’ dan terjaga daripada tidur.
Sumber: Threads
The post Eyra Hazali Kongsi Kisah Anak Jalani Pembedahan Tonsil – ‘Endra Tidur Berdengkur, Nafas Berhenti Sekejap’ first appeared on OHBULAN!.





