30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahu Cari Ketenangan, Britney Spears Tukar Nama & Pindah Mexico

    Shopee Sale

    Mahu mencari ketenangan, bintang pop terkenal iaitu Britney Spears mengambil keputusan untuk meninggalkan Amerika Syarikat dan memilih untuk menetap di Mexico.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Britney Spears Umum Berkahwin Dengan Diri Sendiri Selepas Tiga Kali Menjanda

    Tukar nama & pindah Mexico

    Bukan itu sahaja, Britney yang kini berusia 44 tahun juga mengambil keputusan untuk mengubah namanya menjadi Xila Maria River Red.

    Memetik laporan portal Marca, langkah drastik itu diambil pelantun lagu ‘Oops I Did It Again’ selepas dirinya berdepan dengan tekanan hebat daripada media dan konflik peribadi yang mendalam.

    Ujar Britney, dia merasakan keputusan yang dibuat adalah tepat bagi membantu dirinya mencari ketenangan.

    Selama ini saya rasa seperti memakai topeng yang bukan diri saya. Mereka sentiasa melukis gambaran yang kejam mengenai saya.

    Sekadar info, ini bukan kali pertama Britney menukar nama apabila dia pernah menggunakan nama River Red yang membawa maksud kuasa kesucian pada Januari 2023.

    MENARIK:  ‘Kami Bukan Jenis Menunjuk’ – Nadiyah Shahab & Ben Ali Tak Hirau ‘Mata Merah’, Fokus Bawa Nama Malaysia Ke Dunia

    Selain itu, Britney juga pernah mencuri tumpuan apabila mengumumkan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri menerusi satu hantaran di Instagram (IG) pada Oktober tahun lalu.

    Sumber: Portal Marca

    The post Mahu Cari Ketenangan, Britney Spears Tukar Nama & Pindah Mexico first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah