Primadona, Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain memilih kesepakatan untuk tidak berkongsi secara berlebihan di media sosial terutamanya masalah berkaitan rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira & Mr E Raya Underwater, Lengkap Bersampin Buat Netizen Teruja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Menjadi Pendengar Yang Baik’ – Suami Erra Fazira
Tak kongsi

Ketika ditemui , Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 52, berkata persepakatan itu sudah dibincang sebelum mereka berkahwin.
Jelasnya, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi demi keharmonian rumah tangga mereka.
Saya sebenarnya sebelum berumah tangga lagi kami sudah bincang mengenai perkara ini.
Saya seorang yang tidak suka untuk berkongsi secara berlebihan dengan orang terutamanya perkara yang negatif seperti salah faham atau yang lain.
Tetapi kalau ia memberi inspirasi yang melihatnya boleh rasa bahagia, itu okay, Jadi itu adalah deal kami pada awal lagi.
Saya rasa suami saya seperti itu juga. Kalau ada rasa kecil hati atau sentap saya tak beritahu di media sosial. Di situ kami ada kesepakatan.
Erra berkata demikian ketika pada acara Riang Ria Raya ACGAS 2026 di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kata pelakon filem Sembilu itu dia lebih selesa untuk menyimpan sendiri perkara yang tidak seronok berbanding menjadikan ia sebagai tatapan umum di media sosial.
Saya faham kadang-kadang kita like atau share perkongsian apa-apa itu pun sudah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ramai.
Saya kekalkan cara saya, kongsi yang seronok saja. Media sosial sekarang ini pun banyak cerita negatif, jadi keluar yang seronok saja.
Yang tidak seronok kita tanggung sendiri.
The post Erra Fazira & Suami Sepakat Tak Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Kongsi Yang Seronok Saja’ first appeared on OHBULAN!.





