26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karya Beri Impak, Menggetar Jiwa: Ini Legasi Faizal Tahir & Hael Husaini Hingga Diangkat Sebagai Ikon AJL 40

    Shopee Sale

    Tidak ramai anak seni mampu mengubah landskap muzik tempatan dari dua sudut berbeza iaitu sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

    Namun, itulah yang berjaya dilakukan oleh Faizal Tahir dan Hael Husaini sepanjang perjalanan mereka dalam industri.

    Sempena ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu (AJL), kedua-duanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon AJL 40, satu penghormatan kepada individu yang banyak menyumbang kepada evolusi muzik Malaysia sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit muzik.

    Artikel Berkaitan: AJL40 Angkat Tema Evolusi & Masa Depan Muzik Malaysia, Faizal Tahir & Hael Husaini Terima Anugerah Ikon

    Artikel Berkaitan: 5 Penyanyi Yang Tak Bergelar Juara, Tetapi Lebih Bersinar

    Legasi Faizal Tahir

    1. Lagu hit nyanyian sendiri (zaman penglibatan awal dalam dunia muzik)

    • Mahakarya Cinta – Lagu pengenalan solo Faizal yang terus meledak di radio
    • Sampai Syurga – Memenangi trofi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik di AJL
    • Gemuruh – Lagu motivasi ikonik yang sering diputarkan dalam program sukan dan acara nasional
    • Bencinta & Hanyut – Menampilkan sisi rock alternatifnya yang sangat diminati ramai.

    2. Lagu hit berunsur ketuhanan dan kesedaran sosial Faizal Tahir (fasa muzik lebih matang dan berbaur nasihat)

    • Assalamualaikum – Lagu berunsur kerohanian yang menjadi fenomena besar dan muncul Naib Juara AJL30, selain memenangi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik
    • Sejati – Lagu balada ketuhanan yang sangat menusuk kalbu dan viral di pelbagai platform
    • Ragaman – Lagu berentak retro-pop jenaka tentang ragam rumah tangga yang meraih tontonan luar biasa di YouTube Music
    • Santai – Karya santai dengan mesej mendalam yang menjadi siulan ramai pada tahun 2022.

    Antara Karya Ciptaan Faizal sebagai komposer berbakat

    1. X Missing U (Dayang Nurfaizah, Yonnyboii, Tuju) – Anugerah Eksport Lagu Antarabangsa (Faithful Publishing). Pengiktirafan ini diberikan berikutan kejayaan lagu ini menembusi pasaran global secara rasmi, sehingga dilesenkan dan diadaptasi semula ke versi Mandarin oleh bintang pop terkenal China, G.E.M.

    2. Dirgahayu (Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir) – Penyanyi Kolaborasi Terbaik di Era Digital Music Awards. Lagu ini menceritakan tentang pengorbanan dan kisah cinta agung sahabat Nabi SAW, Saidina Hanzalah yang gugur syahid dalam perang Uhud.

    MENARIK:  [VIDEO] Agy Kongsi Keadaan Muka Bengkak Selepas Makan Ubat Tahan Sakit – ‘Saya Memang Confirm Alergik’

    3. Setia (Elizabeth Tan) – Antara lagu yang melonjakkan nama Elizabeth Tan sebagai penyanyi arus perdana dan membuktikan kepelbagaian sentuhan Faizal sebagai komposer.

    Legasi Hael Husaini

    1. Lagu hit nyanyian sendiri

    • Jampi (2017) – Lagu yang mengubah hidup Hael Husaini. Jampi muncul sebagai Juara AJL32, mendominasi carta radio dan platform digital, selain menjadikan Hael antara penyanyi solo paling berpengaruh dalam industri muzik tempatan.
    • Haram (2018) – Duet bersama Dayang Nurfaizah ini mencipta sejarah apabila dinobatkan Juara AJL33, sekali gus menjadikan Hael dan Ezra Kong komposer pertama memenangi AJL dua tahun berturut-turut. Walaupun lagu duet, ia kekal antara karya paling sinonim dengan Hael.
    • Hari Ini (2019) – Lagu pop romantik yang terus mengukuhkan kedudukan Hael berduet bersama Dayang Nurfaizah selepas dua kejayaan besar sebelumnya.
    • Kelentang-Kelentong (2021) – Hael tampil dengan konsep lebih segar dan ceria menerusi lagu ini. Ia mendapat sambutan baik di platform penstriman dan media sosial, selain membuktikan versatiliti beliau dalam menghasilkan lagu pop moden.

    2. Antara karya ciptaan Hael sebagai komposer berbakat

    • Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza) – Digubah oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong. Menjadi hit besar dan berjaya mara ke pentas akhir AJL 34 (dinyanyikan oleh Bob Yusof dengan kemunculan khas Siti Nurhaliza)
    • Peluang Kedua (Nabila Razali) – Karya ciptaan Hael Husaini bersama MFMF. Lagu ini mencetuskan fenomena penstriman digital yang luar biasa di Malaysia dan mara ke pentas akhir AJL 35.
    • Bukan Lagi Kita (Nadeera) – Bukan Lagi Kita ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh ini telah dinobatkan sebagai Naib Juara (Tempat Kedua) di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39)
    • Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita) – Ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong. Gabungan merentas generasi ini berjaya memenangi Tempat Ketiga di AJL 35.

    The post Karya Beri Impak, Menggetar Jiwa: Ini Legasi Faizal Tahir & Hael Husaini Hingga Diangkat Sebagai Ikon AJL 40 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah