31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tony Eusoff Terkilan Kes Lama Diungkit Netizen – ‘Saya Pernah Berhutang Kat Awak Ke?’

    Shopee Sale

    Pelakon, Tony Eusoff meluahkan rasa terkilan apabila masih ada segelintir pihak yang dilihat masih menghukum dirinya atas kesalahan yang dilakukan kira-kira 10 tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Hampir 10 Tahun Tidak Dibenar Masuk Singapura

    Salah lama diungkit kembali

    View this post on Instagram

    A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff)

    Menerusi Instagram Story (IGs), Tony atau nama lengkapnya Anthony Joseph Hermas Rajiman memuat naik hantaran komen seorang netizen yang mengungkit semula isu tersebut.

    Dapat dilihat, netizen berkenaan mempersoal kerjaya Tony yang masih mendapat tempat dalam dunia lakonan Malaysia.

    Dia ini blacklist dari masuk Singapura sebab pernah masuk penjara sebab dadah.

    Malaysia tak banned?

    Tony tenang jawab

    Tidak melatah, pelakon filem ‘The Experts’ menegaskan dia mengakui kesilapannya itu malan sudah menjalani hukuman yang patut diterimanya.

    Ye betul, kena ban sebab salah saya sendiri, bukan salah orang lain.

    Malah saya dah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk.

    Dalam masa yang sama, Tony turut memaklumkan dirinya sudah ‘move on’ serta mempertikai tindakan individu tersebut yang mengungkit kembali kesalahan yang dilakukan.

    Tapi apa ya niat awak nak timbulkan isu ini? Saya cuma ingin tau. Mohon pencerahan?

    Haih kisah 10 tahun yang lalu ini. Tolonglah tolong saya move on. Saya pernah berhutang kat awak ke apa?

    Benci sangat ini sebab apa ye?

    Untuk rekod, Tony dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Singapura selepas didapati memiliki dadah jenis ganja pada 2015.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kak Ya Berseri-Seri Nak Kahwin Dah’ – Adik Amira Othman

    Hukuman itu diputuskan Mahkamah Singapura selepas pihak berkuasa menemui paket yang mengandungi kira-kira 4.56 gram bahan yang mengandungi campuran ganja.

    Sumber: IGs Tony Eusoff

    The post Tony Eusoff Terkilan Kes Lama Diungkit Netizen – ‘Saya Pernah Berhutang Kat Awak Ke?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah