
Pelakon Dottie menerima kecaman netizen apabila memuat naik video memaparkan dia berpakaian agak seksi.
‘Seksinya’

Menerusi perkongsian di TikTok, Dottie atau nama sebenar Nor Syuhaida Abd Razak, dilihat mengenakan baju jenis singlet berwarna hitam dan berseluar pendek atas lutut.
Pakaian tersebut mendedahkan bahagian lengan, dada serta kaki aktres berusia 37 tahun itu.
Di ruangan kapsyen, Dottie berseloroh mengatakan tema raya tahun 2025 adalah ‘gemuk’.
Seperti diduga, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen menegur aktres itu kerana disifatkan terlalu seksi.
Dikecam

Malah ada juga yang mengatakan Dottie sudah tidak laku atau ‘sendu’ sehingga sanggup membuat konten sedemikian untuk tontonan umum.
Tidak mudah melatah, Dottie membalas komen netizen dengan cara berhemah dan menerima segala teguran diberikan.
Di sebalik komen negatif, terdapat juga segelintir wargamaya yang saling mengingatkan untuk tidak menjatuhkan hukum terhadap orang lain.





