33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nostalgia Menggamit Memori, Peterpan Bakal Gegarkan Malaysia Julai Ini

    Shopee Sale

    Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia melalui The Journey Continues oleh Aloka, kumpulan popular Indonesia, Peterpan kembali mengadakan konsert di ibu kota pada 11 Julai ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Cium Dikhalayak Ramai, Netizen Syak Ariel & BCL Dilamun Cinta?

    Artikel Berkaitan: ‘Awak Buat Saya Tersenyum…’ – Agnez Mo & Ariel Noah Sedang Hangat Bercinta?

    Konsert yang paling dinantikan

    Bertempat di Idea Live Arena, konsert itu dijangka menjadi antara acara muzik paling dinantikan tahun ini, khususnya dalam kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu Peterpan.

    Bukan hanya sekadar untuk berhibur, konsert ini juga menjadi tempat menghimpunkan peminat-peminat jiwang menghayati karya-karya yang pernah membentuk era muzik popular serantau.

    Antara lagu popular yang akan dipersembahkan termasuk Semua Tentang Kita dan Mimpi Yang Sempurna yang akan kembali dihidupkan semula menerusi barisan vokalis terpilih yang membawa interpretasi emosi tersendiri.

    Konsert ini dianjurkan Pulse Project Asia dengan kerjasama beberapa rakan strategik industri seperti Black Sky, Sunstrong, INTX dan Orlaith Inc.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’

    Difahamkan, penyanyi Indonesia Tantri juga hadir menghangatkan lagi persembahan di samping Rony Parulian, bintang muda Indonesia yang mula dikenali menerusi Indonesian Idol.

    Tidak hanya itu, konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi dan komposer tempatan, Hael Husaini, yang akan membuat persembahan istimewa pada malam tersebut.

    Lebih menarik, pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa dua lagi nama besar bakal diumumkan sebagai kejutan, menjadikan pengalaman konsert ini lebih dinamik dan tidak dijangka.

    Ini bukan sekadar konsert, ini adalah satu perjalanan, perjalanan untuk menghidupkan semula rasa yang pernah menyatukan kita semua melalui muzik.

    Selain menjadi platform hiburan, penganjuran konsert itu turut dilihat mampu memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia, di samping menyumbang kepada perkembangan industri kreatif serantau.

    The post Nostalgia Menggamit Memori, Peterpan Bakal Gegarkan Malaysia Julai Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah