29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Abang Saya Berjaya Tamat Pengajian Sarjana, Fatima Tanam Cita-Cita Nak Pandai Macam Pak Long’ – Fazura

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Fazura berkongsi momen bermakna apabila berpeluang meraikan majlis graduasi abang sulungnya, iaitu Dr. Yusrizam, yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana di University of London dalam bidang undang-undang (Master of Laws, LL.M).

    Artikel Berkaitan: Fatima Anak Fazura Curi Perhatian Selepas Miliki Beg Tangan Hermes Kelly

    Artikel Berkaitan: Layan Menantu Dengan Penuh Kasih Sayang, Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita

    Imbau kenangan zaman kanak-kanak

    Menerusi satu hantaran di Threads, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, menyifatkan kunjungannya ke London kali ini adalah istimewa apabila dia berpeluang meluangkan masa bersama abangnya.

    Selain itu, dia berpeluang juga mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak bersama abangnya.

    Alhamdulillah, lawatan saya ke London pada kali ini sangat bermakna kerana berpeluang meraikan majlis graduasi abang saya dan kami dapat meluangkan lebih banyak masa bersama, persis waktu kanak-kanak dulu.

    Abang saya telah menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang (Master of Laws, LL.M) di University of London.

    Tentu sekali saya merasa amat bangga, terinspirasi dan teruja dengan pencapaiannya.

    Fatima ada impian yang sama

    Dalam hantaran berikutnya, aktres filem Pisau Cukur itu turut berkongsi gelagat anaknya, Nur Fatima Aisya, yang mula memasang impian untuk mengikuti jejak langkah bapa saudaranya.

    Fatima pula dah mula tanam cita-cita, ‘Mummy, saya pun nak belajar betul-betul dan jadi pandai macam Pak Long’.

    MasyaAllah, maksudnya lebih 500 hari lah jawabnya saya berada di London nanti.

    Mommy pula kena work hard dari sekarang.

    Dalam masa sama, Fazura menzahirkan rasa syukur atas kurniaan keluarga yang penyayang.

    Apa-apa pun, saya bersyukur dikurniakan keluarga yang baik dan penyayang.

    Akhir kata, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat saya atas ucap tahniah dan perkongsian rasa gembira ini bersama.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Instafamous Berhabis Lebih RM41k Borong Abaya – ‘Spending My Husband Money’ 

    The post ‘Abang Saya Berjaya Tamat Pengajian Sarjana, Fatima Tanam Cita-Cita Nak Pandai Macam Pak Long’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah