Penyanyi, Sufian Suhaimi selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Dedah Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin – ‘Lepas Ini Jangan Panggil Baby Pian, Tapi Daddy Pian’
Sufian dah jadi bapa

Menerusi hantaran di TikTok, Sufian, 34, meluahkan rasa syukur selain mengakui sukar untuk menggambarkan perasaan bergelar seorang bapa buat pertama kali.
Dengan penuh rasa syukur, saya nak kongsi yang kini saya sudah pun bergelar seorang ayah. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini, rasa sebak dan bahagia semuanya bercampur menjadi satu.
Bagaimanapun, Sufian tidak mendedahkan jantina serta butiran terperinci mengenai proses kelahiran.
Dalam perkongsian lain, pelantun lagu Di Matamu itu turut memuat naik foto bersama bayi sulungnya disertai kapsyen penuh makna.
Skin to skin, heart to heart. Learning to be your safe place (Sentuhan kulit ke kulit, nadi ke nadi. Belajar untuk menjadi tempat selamat buatmu).
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.
Untuk rekod, Sufian mendirikan rumah tangga dengan Rania Al Sadat pada 2 Mei 2025.
Sumber: TikTok
The post Sufian Suhaimi Syukur Bergelar Bapa – ‘Sukar Untuk Gambarkan Perasaan Ini’ first appeared on OHBULAN!.





