34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aminuddin tegas teruskan pentadbiran meski kerajaan minoriti

    Shopee Sale

    Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pentadbiran negeri akan diteruskan seperti biasa meskipun kerajaan pimpinannya kini berada dalam kedudukan minoriti, selagi tiada keputusan lain dibuat mengikut lunas perundangan dan Perlembagaan negeri.

    Beliau berkata Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut menitahkan Mesyuarat Exco diteruskan hari ini dengan memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat dan kelangsungan pentadbiran negeri.

    “Nasihat Tuanku Muhriz pagi tadi, teruskan mesyuarat … pastikan (kemelut pentadbiran negeri ini) tidak mengganggu urusan menyelesaikan masalah rakyat. Negeri harus bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di Seremban hari ini.

    Aminuddin berkata meskipun kerajaan pimpinannya kini berada dalam kedudukan minoriti, beliau akan terus mentadbir sehingga satu keputusan lain dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

    “Saya serahkan kepada perundangan, kuasa Tuanku, kalau tiba masanya kerajaan yang ada hari ini adalah setakat ini, maka setakat inilah. Tetapi saya diminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan sehingga mendapat kata putus yang sesuai, maksudnya mengikut perundangan,” katanya.

    MENARIK:  Pengganti semasa Agong jalani rawatan ikut Perlembagaan, kata Fahmi

    Beliau berkata kerajaan negeri tidak mahu rakyat terkesan akibat kemelut yang berlaku, sebaliknya pentadbiran perlu berjalan seperti biasa ketika negara berdepan cabaran ekonomi yang membebankan rakyat dan kerajaan.

    Kemelut pentadbiran negeri itu tercetus apabila kesemua 14 ADUN UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, sekali gus mewujudkan kekosongan empat jawatan Exco.

    Bagaimanapun, Aminuddin terus diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran negeri itu selepas diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Isnin.

    Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN, dengan PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-15 pada 2023. PH dan BN membentuk kerajaan selepas menguasai 31 kerusi DUN susulan pilihan raya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah