
Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang warga emas yang sedang membaca ayat suci al-Quran di dalam kereta kancil miliknya.
Baca al-Quran di lampu isyarat
Menerusi perkongsian dibuat @apizk, dapat dilihat warga emas tersebut sedang berada di dalam kereta dan berhenti di lampu isyarat.
Tatkala ramai yang memilih untuk menyanyi dan bermain telefon, warga emas ini memilih untuk membaca kitab suci al-Quran sementara menunggu lampu bertukar hijau.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular meraih perhatian wargamaya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat tindakan warga emas itu yang tetap beribadah walau tidak kira di mana lokasi dia berada.
Komen netizen








