Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali terpaksa akur apabila impiannya untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian selepas tewas kepada petarung Jepun, Shimon Yoshinari pada aksi ONE SAMURAI 1 di Ariake Arena, Tokyo.
Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Handsome & Cantik Suka Aku, Yang Tak Suka Semua Muka Macam Katak’- Jojo Ghazali
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jojo Ghazali Dakwa Pempengaruh & Selebriti Cemar Imej Muay Thai – ‘Jangan Bawa Perangai Ban*ang Kalian’
Dah buat yang terbaik
View this post on Instagram
Susulan kekalahan itu, Johan atau mesra disapa Jojo tetap menunjukkan semangat positif dengan menyatakan dia sentiasa bersyukur atas segala keputusan, tidak kira menang atau kalah.
Kata Jojo, dia sudah memberikan yang terbaik dalam pertarungan tersebut dan menyerahkan segala hasil kepada ketentuan Allah.
Jojo turut berjanji akan kembali dengan lebih kuat dan lebih baik pada aksi akan datang.
Sentiasa alhamdulillah tidak kira apa pun keputusannya.
Saya sudah lakukan yang terbaik dan menyerahkan selebihnya kepada Allah.
Terima kasih kepada semua penyokong saya. Saya akan kembali dengan lebih baik daripada sebelumnya.
Sementara itu, abangnya, Elias Ghazali berkongsi keadaan Jojo selepas daripada pertarungan tersebut.
Pada hantaran itu, Jojo kelihatan tenang walaupun mengalami sedikit luka di bahagian muka, namun tidak seteruk yang dialami Shimon Yoshinari.
Perkongsian itu kemudian meraih perhatian apabila segelintir netizen turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Sumber: Instagram
The post Jojo Ghazali Tetap Positif, Janji Kembali Lebih Kuat – ‘Saya Dah Buat Yang Terbaik & Serahkan Selebihnya Pada Allah’ first appeared on OHBULAN!.





