Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, tampil menjelaskan bagaimana golongan selebriti yang sudah bersolek untuk menghadiri acara berprestij tetap menunaikan ibadah solat dalam keadaan tersebut.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Sedondon Berpakaian Pengantin Dengan Wanita, Ini Respon Aznil Nawawi
Artikel Berkaitan: ‘Podcast Ini Dirakam Sebelum Kes Mia Sara Dengan Puteri Balqis Meledak’ – Aznil Nawawi
Ambil wuduk terlebih dahulu

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa tertanya-tanya mengenai golongan artis menunaikan solat, khususnya ketika terlibat dengan acara berprestij yang memerlukan persiapan awal.
Tertanya-tanya juga macam mana golongan artis, sama ada penyanyi, pelakon dan sebagainya, adakah mereka sempat menunaikan solat?
Cuba bayangkan, penyanyi yang terlibat dalam AJL jam 9 malam show sudah bermula.
Jadinya, dari petang dah make up.
Bagaimana pula dengan solat Maghrib?
Selepas persembahan, ada sesi sidang media pula. Bagaimana dengan solat Isyak?
Tidur pula lewat, bagaimana dengan solat Subuh keesokan harinya?
Takkan hanya sempat menunaikan solat Zohor dan solat Asar sahaja?
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dengan menjelaskan bahawa dia akan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum bersolek.
Tak apa kita jelaskan, mungkin dia tidak tahu dan ini boleh membantu mengelakkan fitnah.
Contohnya Paknil, biasanya akan mengambil wuduk terlebih dahulu.
Selepas itu, baru saya mula untuk makeu up.
Ujarnya lagi, sebagai lelaki, dia lebih mudah untuk menunaikan ibadah solat apabila masuk waktu meskipun dalam keadaan separa siap.
Sebab lelaki lebih senang dan bila masuk waktu solat terus tunaikan solat walau separuh siap.
Sumber: Threads
The post ‘Biasanya Saya Ambil Wuduk Dulu, Baru Make Up’ – Aznil Nawawi first appeared on OHBULAN!.





