33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kapal-Kapal Dah Lepas, Tapi Kenapa Harga Minyak Masih Tak Turun?

    Shopee Sale

    Baru-baru ni, berita terkini memaklumkan kapal-kapal Malaysia telah berjaya melepasi Selat Hormuz, satu perkembangan yang melegakan ramai.

    Mesti ramai fikir, “Okay, kalau semua kapal dah lepas… maksudnya isu supply dah settle lah kan? Harga minyak patut turun lepas ni.”

    Tapi sebenarnya, situasi dia masih belum selesai sepenuhnya.

    Walaupun laluan penting itu sudah kembali dibuka, kesan gangguan sebelum ini masih belum selesai sepenuhnya. Di Malaysia sendiri, masih ada beberapa laporan stesen minyak mengalami bekalan sementara terganggu di sesetengah lokasi.

    View this post on Instagram

    A post shared by Caltex Malaysia (@caltexmy)

    Menurut perkongsian Ts. Dr. Ahmad Fahmi bin Yaakob, walaupun nampak macam keadaan dah kembali normal, hakikatnya supply chain minyak global masih perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

    Kapal dah lepas, tapi kesan delay masih ada

    Walaupun kapal-kapal Malaysia dah berjaya melepasi Selat Hormuz, shipment sebenarnya sudah pun terganggu sejak awal Mac lagi.

    Laluan strategik itu dilaporkan mula mengalami kesesakan sejak penghujung Februari, menyebabkan banyak penghantaran tertunda berminggu-minggu.

    Maksudnya, bila kapal dah lepas sekarang, ia bukan bermakna semua jadual terus kembali normal serta-merta.

    Bottleneck masih berlaku walaupun laluan dah dibuka

    Ramai ingat bila laluan dibuka, semua masalah terus selesai. Hakikatnya, proses pemulihan berlaku secara berperingkat.

    Menurut perkongsian tersebut, trafik kapal di Selat Hormuz pernah merosot sekitar 7 kapal sehari, jauh berbeza berbanding kebiasaan sekitar 140 kapal sehari.

    Ini bermaksud masih ada kapal dagang dan tanker yang perlu menunggu clearance, menyebabkan kesesakan atau bottleneck dalam sistem logistik global.

    Dan bila bottleneck berlaku, kesannya bukan kecil.

    Gangguan shipment beri kesan besar kepada refinery

    Bila shipment terganggu, banyak perkara lain boleh terkesan seperti:

    • Jadual ketibaan crude oil berubah
    • Jenis crude yang dirancang untuk diproses terjejas
    • Tahap stok simpanan menurun
    • Operasi refinery terganggu
    MENARIK:  Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Selepas Acara Merentas Desa

    Maksud mudahnya, satu gangguan kecil di laut boleh beri kesan besar kepada keseluruhan rantaian bekalan.

    Harga crude oil tak sama dengan harga petrol di Malaysia

    Ini juga perkara yang ramai salah faham. Harga minyak mentah dunia tak sama dengan harga petrol yang kita isi dekat pam.

    Di Malaysia, harga runcit bahan api bergantung kepada sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) dan rujukan harga produk bertapis seperti MOPS, selain faktor lain seperti kos pemprosesan, logistik dan subsidi.

    Sebab itu bila harga crude turun, harga petrol tak semestinya terus berubah serta-merta.

    Jadi… kenapa harga minyak masih tak turun lagi?

    Jawapannya mudah, supply chain masih belum stabil sepenuhnya. Walaupun kapal-kapal dah berjaya lepas, kesan delay sebelum ini masih ada dan risiko global masih mempengaruhi pasaran.

    Dalam industri oil & gas, yang penting bukan sekadar berapa banyak kapal berjaya melepasi laluan.

    Yang lebih penting ialah keseluruhan aliran supply termasuk penghantaran, pemprosesan dan pengedaran terus bergerak lancar tanpa bottleneck.

    Selagi konflik global masih wujud, risiko terhadap bekalan akan tetap ada.

    Jadi lepas ni kalau nampak berita kapal dah lepas atau laluan dah dibuka semula, jangan terus assume harga minyak akan turun on the spot.

    Kadang-kadang, apa yang berlaku di sebalik tabir jauh lebih kompleks daripada yang kita nampak.

    Share artikel ni dengan kawan-kawan yang selalu tanya, “Kenapa minyak tak turun lagi?”

    The post Kapal-Kapal Dah Lepas, Tapi Kenapa Harga Minyak Masih Tak Turun? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah