Penyanyi Syasya Rizal, berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya Muhammad Yassir Hayyan diserang ‘breath holding spell’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Secara Normal, Tiada Koyak & Epidural’
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Kedua – ‘Allah Titipkan Lagi Satu Amanah Untuk Kami Jaga’
Pengalaman Syasya

Menerusi perkongsian di Threads, Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, menceritakan kejadian tersebut apabila melihat fizikal anaknya itu berubah secara tiba-tiba selepas meragam.
Tengah susukan si adik, si abang datang nak menyendeng, memanjat-manjat saya. Takut dia terlalu ganas dekat adik, saya tak bagi.
Tiba-tiba si abang tantrum, menangis tanpa suara..muka dia perlahan-lahan bertukar kebiruan.
Syasya kemudian bertindak pantas lalu membantu Yassir selepas melihat keadaannya yang hampir pengsan.
Memang terus cuak, pantang ke apa semua memang dah tak fikir.
Saya terus angkat dia, gosok belakang badan dan panggil nama. Masa itu dia dah nampak macam tak bermaya, hampir pengsan.
Alhamdulillah, tak lama selepas itu dia sedar dan menangis dengan suara semula.
Menurut bekas anggota kumpulan Dolla itu, keadaan tersebut berisiko terjadi kepada kanak-kanak terutama ketika mereka sedang beremosi.
Rupanya ini yang dipanggil ‘breath holding spell’, sesuatu yang boleh berlaku pada anak kecil bila emosi mereka terlalu kuat, terutamanya dalam fasa tantrum.
Allahu, pengalaman yang betul-betul buat saya sedar betapa rapuhnya perasaan seorang ibu.
Doakan mama terus kuat membesarkan mereka.
Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nasrullah pada 20 April 2024.
Selain Yassir, Syasya juga telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan pada 1 Disember lalu.
Sumber: Threads Syasya Rizal
The post ‘Dia Menangis Tanpa Suara, Muka Bertukar Kebiruan – Syasya Rizal Kongsi Anak Diserang ‘Breath Holding Spell’ first appeared on OHBULAN!.





