Selepas menghadiahkan pelbagai barangan mewah bernilai kira-kira RM1 juta kepada anaknya sempena ulang tahun kelahiran ke-11 baru-baru ini, usahawan terkenal, Farhana Zahra sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli coklat berjenama mewah bernilai ribuan ringgit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘RM1 Juta Sahaja Mama Habiskan Untuk Birthday Kali Ini’
‘RM6,000 je korang, murah gila’
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Farhana dilihat sedang bercuti bersama keluarganya di Singapura.
Dalam percutian tersebut, mereka sempat membeli-belah termasuk mendapatkan coklat jenama Louis Vuitton (LV) yang jarang didapati di Malaysia.
Susah nak shopping coklat ni, dekat Malaysia tak ada. Saya kalau makanan sedap, mesti nak kongsi dengan keluarga.
Coklat tersebut kemudian dibungkus dalam kotak berjenama eksklusif dan usahawan membeli sebanyak 27 kotak.
Tetapi apa yang menarik perhatiab ramai adalah jumlah keseluruhan pembelian tersebut adalah sebanyak 1,616 dolar Singapura (SGD), bersamaan kira-kira RM6,000.
RM6,000 je korang, murah gila.
Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyindir tindakan usahawan itu yang didakwa sengaja menunjukkan kemewahan.
Ada yang menasihatkan agar tidak bersikap riak ketika berkongsi di media sosial.
Komen netizen



Sumber: TikTok Farhana Zahra
The post [VIDEO] Usahawan Beli Coklat Louis Vuitton Berharga RM6,000 & Anggap ’Murah’, Netizen Respon – ‘Ini Lebih Kepada Menunjuk Je’ first appeared on OHBULAN!.






