30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dharma Harun Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

    Shopee Sale

    Seniman popular era 80-an, Dharma Harun Al-Rashid telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada malam Selasa.

    Artikel Berkaitan: Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’

    Al-fatihah

    Perkhabaran duka itu disampaikan sendiri anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, menerusi hantaran di Instagram Story.

    Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam. Jenazah akan diuruskan di masjid Abu Ubaidah Jalan 1/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Dharma yang pernah mencipta fenomena menerusi kemunculan sulungnya dalam filem Adik Manja pada 1980, meninggalkan dua cahaya mata iaitu Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq.

    MENARIK:  Lisa Surihani Sokong Tindakan Zahnita Buat Laporan Polis – ‘Jangan Rasa Bersalah Dedahkan Di Media Sosial’

    Dunia seni kehilangan seorang lagi figura berbakat besar yang pernah mewarnai industri perfileman tanah air. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Sumber: Instagram

    The post Dharma Harun Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah