Pelakon Uqasha Senrose selagi lagi mencuri tumpuan ramai dengan berkongsi luahan panjang tentang kemelut perceraian bersama suami yang juga aktor, Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: ‘Kamal Tak Beri Nafkah, Susu & Lampin Anak Saya Beli Sendiri’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berani Junjung Al-Quran, Tak Pernah Pukul Isteri’ – Kamal Adli Pilih Simpan Aib Uqasha Senrose
Ada sebab kukuh

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha atau nama sebenarnya Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyatakan bukan mudah untuk memilih jalan perpisahan selepas apa yang dilaluinya dalam perkahwinan.
Saya dah tak tahu apa lagi nak buat atau buktikan, semua dah buat.
Tapi ini tentang masa depan saya dan saya yang nak berpisah dengan Kamal atas sebab yang hanya saya sahaja tahu dan lalui. Tidak ada sebuah rumah tagga pun yang tidak ada ujian, pastinya ada naik dan turun.
Apa yang dilalui hanya saya sahaja tahu dan Allah Maha Mengerahui. Allah tak pernah tidur.
Andai kata saya buat keputusan untuk berpisah pasti ada sebab yang cukup kuat.
Menurut Uqasha, meskipun dihujani dengan pelbagai kecaman, dia memilih untuk memaafkan semua pihak yang melemparkan komen negatif terhadapnya.
Semua fitnah dan tomahan, kecaman melampau dan saya tak salahkan sesiapa untuk memilih atau menilai, masing-masing ada andaian masing-masing.
Saya maafkan semua yang hari-hari mengecam, memaki hamun saya sebab saya anggap kalian jahil dan tak tahu menahu hal sebenar.
Bukan sebab duit

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak ini menegaskan bahawa duit bukan penyebab dia mahu bercerai dengan suami seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak malah dia masih gigih bekerja walau semasa hamil.
Cuma ada beberapa perkara yang saya nak betulkan, iaitu tentang ‘saya nak orang kaya’?
Jadi awak semua yang menilai dia tak kaya ke? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit, demi Allah dan demi anak saya Hawra Uqaira, Wallahi saya berkerja sewaktu saya hamil.
Drama terakhir saya buat sebelum perut saya dah mula nampak, saya berhenti dan menjaga kandungan.
Semasa memgandung, Alhamdulillah saya ditawarkan jadi beberapa duta. Dalam erti kata lain, saya masih berkerja.
Tak semuanya pahit dan indah, tapi ada beberapa kejadian membuatkan saya berfikir lama.
Pada akhir hantaran berkenaan, Uqasha menghargai setiap insan yang menyokong dirinya dan berada sisi saat diuji dengan dugaan berat tersebut.
Terdahulu, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal enggan melafazkan cerai.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu iaitu pada 12 Januari 2026 bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.
Sumber: IG Uqasha Senrose
The post ‘Demi Allah & Anak, Saya Pilih Untuk Berpisah Bukan Kerana Duit’ – Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.





