Pelakon Mira Filzah meluahkan rasa syukur apabila drama lakonannya Gadis Masa tercalon untuk kategori OTT Original Terbaik (Best OTT Original) di sebuah festival berprestij iaitu, International Streaming Festival Global OTT Awards 2025.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Perjelas Dakwaan Netizen Anak Kurus Kerana Kurang Makan – ‘Dia Ikut Sebelah Bapa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sanggup Berhabis Demi Makanan – ‘Untuk Servis Penghantaran Makanan Saya Bayar RM8,000’
Syukur dan teruja
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, selaku teraju utama, Mira Filzah juga akan mencipta sejarah sebagai pelakon wanita Malaysia pertama yang dijemput sebagai penyampai anugerah di acara tersebut.
Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, teruja setelah mengetahui drama terbitan platform penstriman Viu itu tercalon di anugerah tersebut.
Saya sangat terkejut apabila mengetahui drama ini tercalon.
Alhamdulillah saya rasa bersyukur kerana ini bukanlah calang-calang percalonan kerana kita bersaing dengan pencalonan hebat dari luar negara menerusi platform-platform penstriman lain.
Pada saya ini bukan sahaja memberi pengiktirafan untuk saya malah ia juga penghargaan untuk seluruh team yang terlibat bagi menjayakan drama ini.
Harapan Mira

Dalam masa yang sama, aktres berbakat besar itu menaruh harapan tinggi untuk melihat banyak lagi karya tempatan yang akan turut serta menempa nama di persada antarabangsa pada masa akan datang.
Harapnya pada masa akan datang, akan ada lagi karya-karya kita akan pergi ke peringkat antarabangsa.
Difahamkan pihak Viu akan menghadiri ke Global OTT Awards yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2025 di Busan, Korea Selatan, malah Mira juga akan turut serta di acara karpet merah anugerah berprestij itu.
Idea asal oleh Syarul Akmal, diarahkan oleh Yussuf Yunus dan diterbitkan oleh Cinemalaya Studios, Gadis Masa turut dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol.
Drama romantik komedi ini mengisahkan seorang wanita muda yang kembali ke masa lalu untuk menghalang suaminya daripada menceraikannya, namun setiap cubaan menyelamatkan perkahwinannya membawa akibat yang lucu dan tidak dijangka.
Sejak tayangannya pada awal 2025, Gadis Masa telah meraih pujian kritikal dan sambutan luar biasa daripada peminat.
The post Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025 first appeared on OHBULAN!.





