26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dah 3 Tahun Saya Beraya Tanpa Arwah Ayah & Adik’ – Nas-T

    Shopee Sale

    Pelakon Nas-T mengakui sejak tiga tahun kebelakangan ini, pengalaman menyambut Hari Raya cukup menyentuh hati apabila dia terpaksa meraikannya tanpa kehadiran arwah ayah dan adiknya yang telah meninggal dunia.

    Artikel Berkaitan: Kebersihan Membawa Keberkatan, Atita Haris & Nas-T Turun Padang, Ceriakan Rumah Amal Bersama Clorox

    Artikel Berkaitan: Nas-T Bawa Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor – ‘Saya Kena Cari Formula Sampai Orang Benci Karakter Ini’

    Tetap bersyukur bersama keluarga

    Ketika ditemui , Nas T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar menyifatkan bahawa kehilangan dua insan tersayangnya itu membuatkan suasana Hari Raya tidak lagi sama seperti dahulu, malah kini dia hanya menyambutnya bersama ibu serta dua orang adiknya.

    Sudah tiga tahun, saya beraya tanpa arwah ayah dan adik saya.

    Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pengalaman Hari Raya bagi saya agak menyedihkan sebab kami sekeluarga beraya tanpa ayah dan arwah adik saya.

    Kedua-dua insan tersayang dalam keluarga saya telah pergi meninggal dunia.

    Sejak itu, suasana Hari Raya tidak sama macam dahulu.

    Sekarang, saya hanya beraya bersama mak dan dua orang adik saya serta keluarga kecil saya sahaja.

    Bila difikirkan kembali, keluarga kami kini tinggal kami sahaja.

    Nas berkata demikian ketika ditemui pada aktiviti gotong-royong di Rumah Amal Asnaf Al Barakh menerusi inisiatif Clorox.

    MENARIK:  [VIDEO] Ucapan Terima Kasih Untuk Suami Yang Baik dan Penuh Pengertian

    Dalam pada itu, Nas meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai ramai saudara-mara yang tinggal berdekatan sebagai sumber sokongan moral.

    Saya bersyukur kerana ada ramai saudara-mara yang tinggal berdekatan.

    Sokongan moral daripada mereka sedikit sebanyak membantu kami menghadapi kehilangan ini.

    The post ‘Dah 3 Tahun Saya Beraya Tanpa Arwah Ayah & Adik’ – Nas-T first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah