30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cukup-Cukuplah Buat Cerita Melagakan Orang, Tak Pasal Dapat Dosa Kering’ – Zaquan Adha

    Shopee Sale



    Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meminta agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti melaga-lagakan dirinya dengan pelakon Rita Rudaini.

    Kenyataan palsu

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak memuat naik tangkap layar hantaran daripada sebuah akaun di laman Facebook.

    Pada hantaran tersebut kelihatan foto Zaquan dan aktres berkenaan telah dimuat naik bersama dengan satu kenyataan.

    Didik anak-anak kau, jangan sakit nak mati ada orang cakap bukan-bukan fasal kau.

    Berhenti melagakan orang

    Suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu kemudian meminta pihak terbabit supaya berhenti memuat naik dakwaan seperti itu berikutan ia akan mengundang kecaman daripada warganet.

    Cukup-cukuplah buat cerita yang nak melagakan orang.

    Kesian mak cik-mak cik bawang yang komen, tak pasal-pasal dapat dosa kering.

    Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar pada 2008 sebelum memilih untuk bercerai pada 2013.

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Sifatkan Linda Jasmine Ibu Yang Baik, Jarang Lihat Menangis – ‘Kali Terakhir Beberapa Tahun Lalu’

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah