29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Isteri Masak, Nasi Dengan Telur Kicap Pun Rasa Macam Daging Wagyu Gred A’ – Erwin Dawson

    Shopee Sale

    Pelakon, Erwin Dawson berpandangan bahawa memasak bukanlah satu kewajipan yang harus dipikul oleh seorang isteri.

    Artikel Berkaitan: Erwin Dawson Rindu Kenangan Beraya Bersama Arwah Atuk – ‘Sejak Dia Tak Ada, Tak Pernah Dapat Jumpa Ramai-Ramai Lagi’

    Artikel Berkaitan: ‘Soal Zuriat, Saya Rasa Setahun Dua Selepas Dah Enjoy As A Couple’ – Erwin Dawson

    Air tangan isteri yang terbaik

    Menerusi satu hantaran di Threads, Erwin Dawson atau nama lengkapnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson menyatakan bahawa sentuhan hidangan yang disediakan oleh isteri di rumah memiliki nilai yang sukar ditandingi.

    Tambahnya lagi, walaupun sekadar nasi bersama telur kicap, hidangan itu mampu terasa seperti sajian mewah.

    Tak wajib pun seorang isteri memasak untuk suami.

    Tapi, bila isteri masak, memang tiada tandingannya.

    Masakan hasil air tangan isteri atau ibu sentiasa yang terbaik.

    Walaupun hanya nasi dengan telur dan kicap pun rasa macam daging wagyu gred A.

    Rasa dihargai

    Dalam masa sama, aktor drama ‘Tiada Arah Jodoh Kita’ itu mengakui bahawa perasaan dihargai dan disayangi mendorong dirinya untuk bekerja lebih keras serta memberikan yang terbaik buat isteri.

    Saya rasa sangat dihargai bila pulang ke rumah disambut dengan masakan yang dimasak oleh isteri.

    Semakin bertambah semangat untuk berusaha memberikan yang terbaik buat isteri.

    Perasaan sayang juga makin mendalam.

    Patutlah ibu kita sanggup melakukannya walaupun ia tidak diwajibkan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Alhamdulillah, Keputusan Hak Jagaan Anak Diberikan Kepada Saya Sepenuhnya’ – Puteri Zarith

    The post ‘Bila Isteri Masak, Nasi Dengan Telur Kicap Pun Rasa Macam Daging Wagyu Gred A’ – Erwin Dawson first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah